Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Balasan Siti Kasim Untuk...

SEMAKIN panas kontroversi aktivis masyarakat, Rani Kulup ni nampaknya! Siapa je tak kenal...

Tandas Rosak, Pesawat MAS...

KUALA LUMPUR - Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa membuat pendaratan tidak berjadual di...

Polis Sahkan Mayat Disimen...

MISTERI kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony...

Dakwaan Palsu Adalah Sabotaj...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa dakwaan palsu terhadapnya...

Kes Rusuhan Kuil: 10 Lagi Direman

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap dua individu bagi membantu siasatan kejadian memecahkan cermin dan pintu pusat membeli belah One City, awal pagi Selasa berhubung rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.

Majistret Nor Ariffin Hisham mengeluarkan perintah reman terhadap dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu sehingga 1 Dis selepas membenarkan permohonan polis menahan reman mereka bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, perintah reman selama empat hari sehingga 2 Dis turut dikeluarkan terhadap lapan lagi individu bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah).


Setakat ini, 30 orang telah ditahan reman termasuk tiga pekerja syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd bagi membantu siasatan kejadian rusuhan yang berlaku di perkarangan kuil tersebut serta kawasan pusat membeli belah One City pada awal Isnin dan Selasa yang turut menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah.

Selasa lalu, mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap 16 individu termasuk tiga pekerja syarikat pemaju itu manakala empat lagi ditahan reman semalam bagi membantu siasatan kes sama. – BERNAMA

Kategori