Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tanam Lebih Banyak Pokok...

CAMERON HIGHLANDS - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mempergiatkan usaha menanam...

Masalah Selipar Hilang Boleh...

JEMAAH Masjid Al Munawir di Pinrang, Indonesia mengetahui bahawa setiap kali pergi ke masjid...

Besarnya Saiz… Bakso Astaghfirullah...

JAKARTA - Jika anda melancong ke Bandung, yang diberi gelaran Paris Van Java...

Kim Kardashian Sempat Lagi...

WASHINGTON DC - Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian dilaporkan mengunjungi Rumah Putih semalam,...

Tagih Media Sosial Luntur Semangat Pesakit Kanser

KUALA LUMPUR – Bagi penghidap kanser atau penyakit berbahaya lain yang berkongsi pengalaman dan rawatan mereka di media sosial, mereka boleh patah semangat dengan gurauan dan tohmahan di ruangan komen media sosial.

Mengulas lanjut, seorang pesakit kanser yang kini dalam proses penyembuhan, James Oh berkata platform media sosial boleh bertukar menjadi toksik dan memberi kesan negatif kepada pesakit.

“Pengguna media sosial (penghidap kanser) berkongsi keadaan mereka sama ada ketika menerima rawatan atau dalam wad. Namun ia mengundang pelbagai tohmahan sehingga melemahkan semangat pesakit.

“Bagi saya perkara seumpama ini tidak patut berlaku sebaliknya masyarakat perlu menjaga adab bercakap walau sekadar di laman sosial,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran bukunya yang bertajuk ‘Cancer: My Wake Up Call’, di sini, hari ini.

Berkongsi pengalaman melawan kanser perut, James berkata untuk menjauhi elemen negatif ini pesakit kanser perlu mengelak daripada ketagihan media sosial sebaliknya mengisi masa terluang ketika menjalani rawatan dengan membaca atau mencari maklumat mengenai penyakit itu.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, beliau yang disahkan menghidap kanser perut tahap tiga pada Julai lepas mengambil sikap menjauhkan diri daripada sebarang elemen negatif dan mendekatkan diri dengan komuniti pesakit kanser.

“Saya mula menulis buku ini ketika menerima kira-kira 12 jenis rawatan. Ia ambil masa lebih kurang sembilan bulan untuk siapkan penulisan,” kata anak kelahiran Pulau Pinang yang kini menjalani rawatan tradisional terapi akupuntur.


James berkata buku ‘Cancer: My Wake Up Call’ setebal 97 muka surat itu berkisar tentang perjalanan beliau ketika disahkan menghidap kanser serta rawatan yang diterima. Ia dijual pada harga RM50 senaskah yang boleh didapati di mana-mana kedai buku terkenal.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara (PNM), Datuk Nafisah Ahmad berkata sebagai tanda sokongan semangat terhadap James, pihak PNM bersetuju membeli sebanyak 509 naskah buku tersebut untuk diedarkan ke perpustakaan desa seluruh negara bermula tahun hadapan.

“Perkongsian daripada James ini amat berguna kepada kita semua. Apa sahaja penyakit perlu dihadapi dengan cekal malah perlu diingat, keluarga terdekat berperanan sebagai pembakar semangat,” katanya yang juga memiliki anggota keluarga menghidap kanser.

PNM sehingga kini mempunyai 892 buku berkaitan kanser, kata Nafisah. – BERNAMA

Kategori