Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Kes Bunuh CEO...

Shah Alam : Tarikh baharu keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja...

Baru Bercerai, Vida Akui...

BELUM tamat tempoh edah, pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Vida atau...

Media Pahang, NGO Bantu...

KUANTAN - Fahim Aqeed Mohamad Feisal telahpun berusia enam bulan, namun sejak dilahirkan...

JDT Jual Juan Martin...

KUALA LUMPUR - "Tawaran bernilai RM11.5 juta untuk pemain ini amat istimewa dan...

Ketua Pemuda PAS Libaran Maut Kemalangan

LAHAD DATU – Ketua Pemuda PAS Libaran maut akibat lemas selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam parit besar di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu – Tawau, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, Hasryan Ungkari, 22, yang bertugas Jabatan Perhutanan Tawau meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata mangsa memandu sebuah Toyota Vios sendirian dan ketika melalui selekoh panjang, kenderaannya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan.

“Berikutan itu, kenderaan mangsa terhumban ke dalam parit. Pemandu yang beralamat di Kampung Gum-Gum, Sandakan dipercayai lemas dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kemalangan berasingan, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut akibat lemas selepas Proton Saga FLX dinaikinya terhumban ke dalam anak sungai di Jalan Felda Sahabat 11, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, Saralina Saptal, meninggal dunia di lokasi kejadian.


Nasri berkata, ketika kejadian dalam hujan lebat itu, mangsa bersama ahli keluarganya dalam perjalanan ke Felda Sahabat 16 dari Lahad Datu dan kenderaan mereka disyaki terlanggar lubang lalu hilang kawalan.

“Kenderaan itu terbalik beberapa kali dan jatuh ke dalam anak sungai yang deras. Sejurus kejadian, pemandu lelaki sempat menarik keluar semua penumpang dari kenderaan, namun kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia akibat lemas di lokasi kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa kemalangan berasingan itu dibawa Hospital Lahad Datu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH ONLINE

Kategori