Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Dua Beradik Maut Dalam...

KUALA LUMPUR - Dua beradik maut dalam kebakaran akibat terperangkap di tingkat atas...

PASleak : Pemimpin UMNO...

Pemimpin Umno yang didakwa mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS dan namanya dipetik dalam...

Kerajaan Kelantan Perlu Lebih...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehidupan rakyat yang...

Exco PAS Kekal Selagi...

KUALA LUMPUR – Tiga Exco PAS di Selangor akan terus menjalankan tugas seperti biasa selagi...

Khai Bahar Akui Belum Layak Nak ‘Demand’ Letak Harga Tinggi

SHAH ALAM – Penyanyi Khai Bahar mengakui dia masih belum layak untuk meminta harga tinggi untuk setiap tawaran yang diterima.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 24, berkata dia masih baru dalam industri dan hanya memenangi anugerah berdasarkan undian peminat.

“Sejujurnya dari segi pandangan peribadi, saya masih belum layak untuk ‘demand’ atau meletakkan harga yang tinggi untuk setiap tawaran yang dapat.

Khai berasakan dirinya masih baru dalam industri seni.

“Saya belum sampai ke tahap itu dan meletakkan diri sebagai bintang yang tinggi memandangkan masih baru dalam industri seni.

“Lagipun, anugerah yang saya menang kebanyakkan berdasarkan undian peminat. Lainlah kalau menang anugerah Juara Lagu,” katanya kepada mStar Online.

Khai ditemui ketika Semi Final Muzik-Muzik 33 (SFMM33) minggu kedua di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, dia dikatakan sudah pandai ‘demand’ dengan meletakkan harga tertentu dan tidak lagi menerima bayaran saguhati untuk bekerjasama dengannya.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Luluh ini memberitahu segala urusan kerja atau tawaran persembahan diberikan sepenuhnya pada pengurusnya.

“Setiap kali saya ada terima tawaran persembahan atau produk, saya tak akan kacau dan terus bagi pengurus yang uruskan semua.

“Saya tak akan uruskan sendiri sebab nanti kena marah pula dengan pengurus. Saya sendiri tak tahu ‘rate’ harga untuk saya.

“Sebab semuanya saya serahkan pada pihak pengurus. Tapi setahu saya, dia tidak pernah meletakkan harga setinggi-tinggi langit,” ujarnya. – mStar Online

Kategori