Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PAS Bayar RM1.4 Juta...

HULU LANGAT: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki dokumen transaksi bank...

JDT Benam Kedah 2-0...

SHAH ALAM - Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan kemarau 26 tahun selepas menjulang...

RM25 Juta Disalur Kepada...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan sebanyak RM25 juta secara...

Budak Baju Merah Kena...

Kota Belud : Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang disyaki terbabit dalam...

Khalid Ibrahim Jelaskan Kenapa Tiada Lagi Air Percuma

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa kecewa terhadap belanjawan negeri Selangor bagi tahun 2019 yang menamatkan pemberian air percuma menyeluruh.

Menteri Besar Selangor semasa membentangkan belanjawan negeri itu minggu lalu mengumumkan air percuma hanya diberi kepada golongan berpendapatan rendah kategori B40.

“Tidak dinafikan saya kecewa dengan pengumuman kerajaan negeri di dalam bajet 2019 bahawa program pemberian air percuma kepada seluruh rakyat negeri Selangor akan ditamatkan namun ia tidak mengejutkan,” kata Khalid dalam catatan terbaharunya di Facebook.

Katanya, keputusan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membayar RM2.55 kepada pemegang konsesi menjadi punca kos operasi meningkat dan kerajaan tidak mampu lagi memberi air percuma seperti sebelum ini.

Bayaran itu menurut Khalid melebihi 10 kali ganda kerajaan di bawahnya, dan mendatangkan beban besar kepada kerajaan negeri.

Menurut Khalid lagi, kerajaan sebelum ini tidak menghiraukan amaran tersebut, pada masa sama rizab negeri semakin menyusut.

“Nampaknya segala usaha yang dilakukan oleh pasukan saya sepanjang pentadbiran saya dalam memastikan bayaran yang berpatutan dibayar kepada pemegang konsesi menjadi sia-sia.

“Usaha, komen serta amaran yang kami berikan tidak diambil perhatian malah dihina semata-mata bagi mempertahankan niat kerajaan negeri untuk membayar lebih kepada syarikat konsesi,” jelas Khalid.

Kerajaan sebelum ini menurut Khalid gagal mendapatkan harga sepatutnya hingga menyebabkan air percuma tidak dapat lagi dilaksanakan.

“Kegagalan kerajaan negeri mendapatkan jumlah terbaik untuk rakyat Selangor telah menjadikan kos operasi industri air sangat tinggi dan kerajaan tidak lagi mampu memberi kemudahan air percuma kepada rakyat Selangor,” katanya.

“Rezab negeri kian terhakis dan rakyat pula membayar lebihan kos untuk tempoh 20 tahun lamanya,” katanya lagi.

Khalid turut mempertikaikan alasan berjimat sehingga mencapai angka RM105 juta, yang didakwa tidak dibuat berdasarkan perkiraan yang betul.


“Alasan kononnya dengan memberi air percuma hanya kepada kumpulan B40 akan membolehkan kerajaan berjimat sehingga RM105 juta agak sukar diterima. Malah saya mempunyai pandangan sinis dengan jumlah ini kerana nampaknya kerajaan negeri terlalu ‘simplistik’ dalam membuat kira-kira,” terangnya.

Khailid menjelaskan bahawa sistem yang perlu dibangunkan untuk memastikan hanya golongan B40 menerima air percuma juga memerlukan masa dan kos kewangan.

“Ini kerana kos yang tinggi diperlukan dalam membina program komputer yang akan mengasingkan kategori pengguna; kategori pemilik dan penyewa serta kos menyelenggara bil-bil yang dikeluarkan.

“Belum lagi masa yang akan diambil untuk mengawalselia dalam memastikan hanya kumpulan B40 sahaja yang menerima faedah dari skim air percuma ini,” tegas Khalid.

Khalid turut menyelar retorik “reformasi” yang akhirnya dikhianati oleh kerajaan.

“Begitu juga apa yang berlaku di peringkat nasional dimana Kerajaan Persekutuan hari ini masih gagal menebus dosa-dosa yang dilakukan di bawah projek penswastaan.”

Katanya lagi, sikap kerajaan PH ini juga didedahkan oleh janji tol dihapuskan yang akhirnya gagal dilaksanakan.

“Pengumuman kerajaan bahawa kos untuk menamatkan penswastaan kutipan tol projek lebuhraya Utara-Selatan adalah sangat tinggi dan kerajaan tidak mampu melakukannya walaupun pada masa yang sama mengakui bahawa kutipan hasil pemegang konsesi telah mencapai RM70 billion sangat mendukacitakan,” jelasnya.

Khalid turut mengatkan yang kerajaan PH tidak bersungguh-sungguh untuk melaksakan janji manifesto mereka, dan memperlekehkan impian rakyat.

“Maka tidak hairanlah apabila awal-awal lagi Menteri memperlekeh hasrat rakyat dan meminta agar rakyat terus bermimpi untuk mendapat tol percuma meskipun ianya termaktub di dalam Manifesto mereka,” kata Khalid. – Mynewshub.tv

Kategori