Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Akibat Takut Jepun, Mahathir...

ALAHAI.... Lagi pusingan U dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tempoh sebulan...

Majlis Iftar PM Bersama...

KUALA NERUS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri majlis...

Piala Malaysia: Kedah Dapat...

ALOR SETAR - Kedah sekali lagi mempamerkan persembahan bermutu untuk menewaskan Pahang 3-1...

PAS Perak Mohon Ampun...

IPOH - PAS Perak menzahirkan permohonan maaf kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin...

Kingdom Hearts III: Jadi Orang Pertama Cuba Percuma

PETALING JAYA – Berita baik untuk peminat Kingdom Hearts!​​​

Dari 23 hingga 25 November ini, mereka yang ingin mencuba demo permainan Square Enix: Kingdom Hearts III, yang ditunggu-tunggu pelancarannya, bolehlah berkunjung ke ‘Play Everything Lounge by PlayStation’ yang baru dibuka di Sunway Pyramid dari 10 pagi hingga 10 malam.

Pusat itu yang dibuka dengan kerjasama Sunway Pyramid, dilengkapi 12 unit konsol PlayStation (PS4) dan sebuah unit realiti maya dan yang paling menarik mengenainya, ianya boleh digunakan secara percuma.

Sony Interactive Entertainment Hong Kong Ltd Singapore Branch (SIES) melancarkan pusat PlayStation pertama di Asia Tenggara itu hari ini, sekali gus memberi peluang kepada peminat permainan elektronik tempatan mencuba permainan ‘Kingdom Hearts III’.​​​

Ketua Rantau Asia Tenggara SIES Hidetoshi Takigawa berkata pelancaran itu menjadi bukti komitmen pihaknya untuk mendekatkan diri dengan peminat permainan elektronik di Malaysia.

Katanya, pasaran PlayStation di Malaysia memperlihatkan pertumbuhan menggalakkan kebelakangan ini.

“Tujuan ‘Lounge’ ini diwujudkan bagi membolehkan peminat permainan elektronik di Malaysia untuk mendapatkan permainan baru selain menjadi venue untuk kejohanan dan pusat aktiviti komuniti,” katanya kepada Bernama.


Beliau berkata, mulai 28 Nov, pengunjung ke pusat itu juga akan berpeluang bermain dengan ‘PlayStation Classic’, yang akan dilancarkan ke seluruh dunia pada 3 Disember.

PlayStation Classic didatangkan dengan 20 permainan prapasang seperti Final Fantasy 7, Ridge Racer Type 4, Wild Arms, Jumping Flash dan Tekken 3.​​​​​​​

Maklumat lanjut mengenai demo permainan di masa hadapan dan aktiviti di Play Everything Lounge boleh didapati dengan melayari laman Facebook PlayStation Asia dan laman Facebook Sunway Pyramid. – BERNAMA 

 

Kategori