Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Syria Belum Sahkan Jumlah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar...

Waris Setuju 5 Mangsa...

IPOH - Semua keluarga lima pekerja sambilan yang meninggal dunia dalam kebakaran di...

Gemuk Halang Ramai Belia...

WASHINGTON - Pentagon berhadapan cabaran keselamatan lebih sukar ditangani berbanding cabaran tentera berteknologi...

Remaja Lelaki Terlibat Kegiatan...

BUKIT MERTAJAM – Seorang remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan curi bateri...

Perak Tidak Akan Campur Pemilihan Presiden PAFA

IPOH – Kerajaan negeri tidak akan campur tangan dalam urusan pemilihan calon Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang baharu bagi menggantikan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang meletakkan jawatannya semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata ini kerana pendirian kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mencampuri hal ehwal dalaman mana-mana persatuan sukan.

“Saya ingin tegaskan hal persatuan adalah hak persatuan serta anggota dan AJK (anggota jawatankuasa) persatuan dan kerajaan negeri tidak akan sekali-kali masuk campur.

“Inilah pendirian kerajaan Persekutuan, mahu pun kerajaan negeri memberi ‘kemerdekaan’ kepada penggiat bola sepak untuk membuat keputusan tanpa campur tangan daripada pihak pentadbiran kerajaan,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Lee turut memuji tindakan Hasnul yang meletakkan jawatan atas rasa tanggungjawab susulan daripada aksi dan tindakannya yang dianggap keterlaluan dalam meraikan kejayaan bersama Piala Malaysia yang dimenangi pasukan ‘The Bos Gaurus’.

“Saya menyambut baik keputusan Hasnul (meletakkan jawatan) yang saya rasa adalah sesuatu amat bijak dan ini keputusan yang diputuskan oleh beliau sendiri,” katanya.


Semalam, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif kali kedua PAFA di sini, Hasnul mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden PAFA berkuatkuasa serta merta selepas memegang tampuk pentadbiran badan induk itu sejak 21 Julai lalu.

Hasnul berkata perletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik dan tugas selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Hasnul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi negeri telah dikritik hebat para penyokong bola sepak tempatan untuk meletakkan jawatannya kerana telah memuat naik gambarnya bersama Piala Malaysia yang diletakkan di celah kangkang. – BERNAMA

Kategori