Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Baju Merah Tanda Solidariti...

BERSATU... Ratusan orang ramai memakai baju warna merah berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala...

Beras Sedia Ada Cukup...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan jumlah stok bagi...

Video: Pelajar Dibelasah Tak...

KES buli seperti tiada penghujungnya, ada sahaja kejadian yang dilaporkan dan ia tidak...

Sarjan Tentera Didakwa Miliki...

KUALA LUMPUR - Seorang tentera berpangkat Sarjan hari ini mengaku tidak bersalah di...

KKMM Kaji Tambah PJK Untuk Pelajar Sekolah

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji untuk menambah jumlah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di seluruh negara bagi membolehkan ia dimanfaatkan sebagai tempat pembelajaran digital pelajar sekolah.

Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata pada masa ini terdapat lebih 800 PJK di seluruh negara.

“Kita sedang kaji keperluan untuk menambah PJK ini, juga menambah baik kemudahan sedia ada. Kita mahu PJK ini dimanfaatkan untuk program pembelajaran digital pelajar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program ‘eCikgu Maxis’ di sini, hari ini.

Program tersebut sebagai kelangsungan kepada program eKelas yang dikendali oleh Maxis di 55 PJK di 10 negeri di seluruh negara.

Dalam pada itu, Eddin Syazlee berkata kementerian mengalu-alukan kerjasama daripada kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan bagi melaksanakan program pembelajaran digital menggunakan kemudahan PJK.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Robert Nason berkata program eKelas Maxis akan diperluaskan kepada pelajar tingkatan empat dan lima bermula tahun hadapan.

“eCikgu, satu ciri terbaharu dalam portal eKelas yang membolehkan pelajar berhubung dengan guru menerusi forum sembang dan menggalakkan penglibatan lebih besar dengan para guru. Ciri-ciri ini bertujuan menjadikan pembelajaran digital lebih interaktif untuk masyarakat luar bandar di seluruh Malaysia,” katanya.

eKelas merupakan program sejak 2016 iaitu pembelajaran jarak jauh yang dijalankan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah Malaysia.


Ia diadakan di PJK yang dulu dikenali sebagai Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang diuruskan Maxis.

Program eKelas tersebut memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1, 2 dan 3.

Melalui eKelas, pelajar didedahkan kepada cara baharu pembelajaran, selain menghubungkan mereka dengan guru yang berpengalaman melalui sesi tutorial secara langsung.

Pelajar juga belajar melalui projek kumpulan, video dan pertandingan di samping membina keyakinan pelajar melalui kem percutian yang dijalankan sewaktu cuti sekolah. – BERNAMA

Kategori