Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Ditahan Kerana...

TOKYO - Seorang pesara yang membuang hampir suku tan bahan pornografi di sebuah...

KeTTHA Bangun Silibus Teknologi...

KOTA BHARU - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengambil inisiatif membangunkan...

Skuad Hoki Wanita Sedia...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki wanita negara optimis mampu ​​​​melakar kejutan layak ke...

Geely Wajar Rombak Pengurusan...

BUKAN melulu kalau boleh dikatakan bahawa kumpulan pengurusan Proton Berhad sekarang dianggap sebagai...

KTMB Akan Perkenal Aplikasi Jadual Perjalanan Tren

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang membangunkan satu aplikasi baharu bagi memudahkan pengguna mengetahui jadual perjalanan kereta api yang ingin mereka naiki.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata melalui inisiatif itu pengguna tidak lagi perlu ke stesen untuk mengetahui waktu ketibaan kereta api tetapi boleh mendapat maklumat itu melalui telefon pintar.

Menurutnya, kemudahan ini diharap dapat membantu pengguna merancang perjalanan mereka dengan lebih baik dan mengurangkan waktu menunggu di stesen.

“Pengguna akan tahu bila kereta api itu akan sampai, tidak perlu lagi tunggu kereta api, ini (aplikasi) sedang dibangunkan oleh KTMB dan kita harap kemudahan ini dapat digunakan dalam masa beberapa bulan lagi.

“Setakat ini kita mula dengan KTMB sahaja tetapi kerajaan juga akan melihat untuk mengembangkan aplikasi ini kepada pengangkutan lain pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Stesen Kereta Api Abdullah Hukum di sini, hari ini.

Ditanya mengenai inisiatif lain dalam membantu menangani isu-isu berkaitan KTMB terutamanya dalam isu kelewatan perkhidmatan kereta api, Loke berkata perkara itu telah diambil maklum oleh pihak pengurusan KTMB.


“KTMB kini dalam proses membaik pulih struktur kerja dan landasan mereka, perkara ini merupakan antara kekangan mereka dalam memberikan perkhidmatan dengan kekerapan yang tinggi. Pengurusan sedar mengenai perkara ini dan kita akan cuba sedaya upaya bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik,” tambahnya.

Sementara itu, Loke turut menggalakkan usahawan muda tempatan bagi menggunakan kreativiti dan kepakaran inovasi mereka untuk membangunkan aplikasi telefon pintar yang dapat memudahkan orang awam dalam soal pengangkutan.

“Melihat ke hadapan, kerajaan mahu melihat dan kita juga menggalakkan pembangunan aplikasi-aplikasi baharu berkaitan pengangkutan dalam membantu melancarkan lagi sistem pengangkutan sedia ada supaya lebih efektif dan lancar,” katanya. – BERNAMA

Kategori