Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

JAIJ Akan Panggil Muhyiddin...

JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bakal memanggil Tan Sri Muhyiddin...

Tengku Adnan Beri Penjelasan...

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan...

Bicara Kes Pelakon Farid...

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan lima hari bermula...

Rumah Panjang Yang Usang...

KUALA LUMPUR - Rumah-rumah panjang di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Kuasa Melayu Terus Kekal Di Bawah PH

SEJAK 1946, nama UMNO amat sinonim dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera, seolah-olah bangsa Melayu akan hidup merempat dan hilang ketuanan jika parti itu berkubur atau bahasa mudahnya, dibubarkan.

UMNO kehilangan Kelantan sejak Pilihan Raya Umum Ke-8 (PRU-8) pada 1990, diikuti Terengganu dalam PRU-10 pada 1999 dan disusuli Selangor, Kedah dan Perak dalam PRU-12 pada 2008.

Pada PRU-12, Pulau Pinang juga jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) atau sekarang Pakatan Harapan (PH). Walaupun Ketua Menteri ketika era Barisan Nasional (BN) dari GERAKAN, namun Timbalan Ketua Menteri ialah kuota UMNO.

PRU-14 pada 9 Mei lalu ialah ibu kepada kejatuhan UMNO apabila parti yang menjadi tulang belakang BN itu kehilangan Kerajaan Persekutuan, selain hanya mengekalkan pemerintahan di Perlis dan Pahang.

Adakah Melayu di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Perak hilang ketuanan selepas UMNO ditumbangkan oleh kuasa rakyat yang mahukan perubahan?

Jika ditanya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tentu jawapannya ‘ya’ berdasarkan kenyataannya, baru-baru ini, Melayu kini terbangsat di negara sendiri, sejak UMNO kehilangan kuasa sebagai pemerintah.

Bukan kali pertama perkataan itu ‘terpacul’ dari mulut bekas Presiden UMNO itu, malah pengalaman penulis membuat liputan program beliau ketika masih menjadi Perdana Menteri, ia berulang kali diungkapkan untuk menakut-nakutkan masyarakat Melayu supaya kekal menyokong BN.

Jika benar PR (sekarang PH) mengabaikan pembelaan bangsa Melayu dan Bumiputera, sudah tentu rakyat Selangor akan menolak parti itu sejak PRU-13. Namun, apa yang berlaku jumlah kerusi PH terus meningkat, termasuk hampir menyapu bersih semua kerusi apabila menang 51 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya lalu.

Melayu terus kekal

Rakyat Kedah dan Perak juga kembali menyokong PH dalam PRU-14 selepas tewas dalam PRU-13 yang jelas membuktikan maruah dan perjuangan bangsa Melayu bukan semata-mata di tangan UMNO.

Ibarat kata pahlawan Melayu terbilang, Laksamana Hang Tuah, ‘Takkan Melayu hilang di dunia’, Melayu akan kekal walaupun UMNO tumbang.

Bekas pemimpin ulung UMNO, Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Tapa sendiri pernah berkata ‘Jika enjin kereta api sudah rosak, gerabaknya pun akhirnya akan reput maka perlu ditukar’.

Jika UMNO dibubarkan, kuasa dan ketuanan Melayu tidak akan hilang apatah lagi ramai pemimpin dalam parti itu kehilangan hala tuju sejak ditumbangkan menerusi peti undi dalam pilihan raya lalu.

Tidak hairanlah Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membubarkan UMNO kerana parti itu sudah tiada.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyifatkan UMNO kini hanyalah badan berdaftar yang tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Tiada guna ahli UMNO kekal dalam parti yang sudah kehilangan perjuangan serta yang jelas mengutamakan duit kerana menganggap wang ialah segala-galanya (cash is king) dan sebab itu parti berkenaan perlu dibubarkan.

Faktor itu menyebabkan parti yang dipandang tinggi sebelum ini, kini dipandang jijik oleh semua kaum di negara ini. Ibarat ‘sepandai-pandai menyimpan bangkai, pasti akan tercium juga bau’.


Ahmad Zahid Hamidi turut mendakwa Dr Mahathir pernah memintanya untuk membubarkan UMNO dan menyertai BERSATU.

“Ia (mesej) sangat kuat dan jelas, bahawa kami mesti melompat dan menyertai BERSATU, bahawa kami mesti membubarkan UMNO,” kata Ahmad Zahid dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain gesaan Dr Mahathir kepada Ahmad Zahid, isu yang lebih besar ialah parti itu diarah memberi surat tunjuk sebab kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 28 Oktober lalu.

ROS jalankan tanggungjawab

Bulan lalu, Ahmad Zahid turut mengakui tidak mustahil UMNO akan diharamkan mengikut lunas undang-undang.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, ROS hanya menjalankan tanggungjawab dalam mengawal dan mengawasi pertubuhan berdaftar di negara ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula dipetik sebagai berkata, sekiranya parti itu dibubarkan ada tiga cara untuk mengembalikan keadaan seperti biasa, satu daripadanya menumpang sementara di ‘rumah’ (parti) rakan dalam BN.

Jika pilihan ini berlaku, ia sesuatu yang memalukan kerana parti yang selama ini ini gah sebagai tulang belakang BN atau lebih awal daripada itu, PERIKATAN akhirnya menumpang kasih di ‘rumah’ parti yang dulu menagih pengaruhnya.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis, berkata masih ramai yang sayangkan UMNO dan parti itu tidak sepatutnya dibubarkan.

Sebaliknya, kepemimpinan lama perlu secara terhormat mengundurkan diri daripada saf kepemimpinan untuk memberi peluang kepada pemimpin muda yang berkarisma dan berwawasan.

Selepas kalah dalam PRU-14, UMNO masih dikuasai budaya akur dengan tuntutan orang lama atau ‘warlords’, ibarat menggunakan “gincu lama untuk bibir lama”.

“Pemilihan UMNO pada 30 Jun lalu menunjukkan UMNO tidak mahu berubah kerana masih lagi dikuasai ‘warlords’, sedangkan sepatutnya ia isyarat terbaik memberi peluang kepada pemimpin muda untuk memacu UMNO menghadapi PRU-15. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil parti yang dulu dianggap parti keramat Melayu akan terbubar,” katanya.

Sama ada UMNO kekal atau berkubur, ia tidak memberi kesan kepada bangsa Melayu dan Bumiputera yang kini memiliki banyak pilihan untuk menyertai mana-mana parti politik pemerintah yang membentuk PH. – BH ONLINE

Kategori