Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

4 Daerah Di Perak...

IPOH ā€“ Jumlah mangsa banjir di Perak yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara...

Trump Percaya Khashoggi Dibunuh,...

WASHINGTON/ANKARA - Presiden Donald Trump berkata semalam, beliau beranggapan wartawan Arab Saudi yang...

Ismail Sabri Tiba Di...

JAKARTA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta, Indonesia...

Caj 20 Sen Denda...

SHAH ALAM - Caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan ke...

Kuatkuasa Undang-Undang Bina Rumah Ibadat – Maza

KANGAR – Kerajaan digesa menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tegas ke atas rumah ibadat yang dibina tidak mengikut peraturan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kerajaan wajib menegakkan undang-undang dalam negara.

ā€œKerajaan yang lepas terlalu menjaga undi sehingga dibiarkan wujud begitu banyak rumah ibadat tidak mengikut peraturan atau dibina secara haram.

ā€œKerajaan hari ini wajib menegaskan dan menegakkan peraturan dalam negara dan Malaysia bukan mengamalkan undang-undang rimba yang mana siapa saja boleh pacak rumah ibadat di mana dia suka,ā€ katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian difahamkan susulan rusuhan di Kuil Sri Mariamman di Subang, Selangor awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, tujuh lelaki sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil Sri Mariamman di USJ25, Putra Heights sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.

Difahamkan, perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil terbabit menjadi punca pergaduhan.


Mohd Asri berkata, beliau kesal apabila jumlah rumah ibadat yang dibina dalam negara tidak seimbang dengan taburan penganut.

ā€œKadang kala, tempat yang dibina rumah ibadat itu pula memang mengganggu kemudahan awam seperti yang kita lihat di pintu masuk Hospital Bukit Mertajam dan pihak berkuasa hanya berdiam.

ā€œSatu tindakan tegas hendaklah dibuat, apatah lagi yang dibina secara haram atas tanah yang bukan milik penganut agama berkenaan dan peliknya, apabila dibina secara salah kemudian diminta berpindah, mereka menuntut pula pampasan dan tanah baru,ā€ katanya.

Beliau berkata, selepas apa yang dilakukan oleh kerajaan, masih ada yang mendakwa kononnya mereka tertindas dan dipaksa tukar agama. – BH ONLINE

Kategori