Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Beli Mercedes: Mahkamah Cadang...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu mencadangkan supaya kes saman...

Tahniah…. Malaysia Berpesta Gol...

SINGAPURA - Malaysia menamatkan saingan Kumpulan A Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2015...

Kempen Di Kimanis Semakin...

KIMANIS - Tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang memasuki...

Kanak-Kanak Minta Posmen Hantar...

LONDON – Sepucuk kad hari jadi kiriman seorang kanak-kanak lelaki kepada mendiang bapanya...

Kucing ‘Comel’ Bawa Tuah Kedai

BEIJING – Seekor kucing boleh dianggap pembawa tuah apabila ‘melepak’ di luar sebuah restoran di China setiap pagi sehingga menarik perhatian pelanggan ke premis berkenaan.

Setiap pagi, kucing itu datang ke restoran milik Yang di Xi’an dan duduk di atas kerusi di depan premis itu malah meraih ‘upah’ sehingga 40 yuan (RM24) sehari daripada pelanggan, lapor Daily Mail.

Yang ketika ditemu bual stesen Shaanxi Radio and Television berkata, kucing itu mula datang ke kedainya setiap hari pada jam 7 pagi sejak dua tahun lalu tanpa mengira cuaca panas atau hujan.

Ia kemudian duduk atau baring di luar kedainya selama 13 jam.

“Dia sangat disayangi penduduk tempatan dan pelanggan saya. Kanak-kanak dan warga emas terutamanya sukakannya dia,” katanya.

Bulan lalu, Yang meletakkan mangkuk plastik dan papan tanda tertulis ‘kucing pembawa tuah’ di sebelah kucing itu menyebabkan orang ramai mula meletakkan wang.


“Saya gunakan wang itu untuk membeli makanannya, tidak kiralah makanan kucing atau sedikit ikan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mengharapkan kucing itu membawa wang untuknya, namun menganggap haiwan itu amat comel dan menghiburkan berbanding patung kucing tuah yang biasa digunakan.

Patung kucing pembawa tuah lazim dilihat dalam kedai di timur Asia, terutama Jepun. Patung diperbuat daripada porselin itu berbentuk kucing yang duduk dengan satu kaki melambai. – Agensi/myMetro Online

Kategori