LOS ANGELES – Kuil Yahudi di California diconteng dengan grafiti anti-Semitik, kata polis semalam, dalam serangan yang berlaku beberapa hari selepas 11 ditembak mati di kuil di Pittsburg.
Presiden lembaga kuil Yahudi Beth Jacob, Allen Berezovsky, berkata kakitangannya menemui kesan vandalisme itu awal pagi semalam.
Beliau memberitahu perkataan lucah āYahudiā disembur di tembok berwarna putih bangunan berkenaan.
Berezovsky berkata, rakaman keselamatan menunjukkan seorang individu memakai hud, kaca mata hitam dan topeng muka pembedahan melompt masuk pagar sekitar jam 1.18 pagi waktu tempatan dan kemudian meninggalkan bangunan itu dengan basikal yang dicuri di premis berkenaan.
āJabatan Polis Irvine dan pasukan keselamatan sudah memeriksa keseluruhan kemudahan dan tiada apa ditemui selain grafiti.
āKami akan terus melakukan apa yang mampu untuk menjadikan kampus ini lebih selamat dan akan mempromosikan mesej bahawa kami lebih kuat berbanding kebencian,ā katanya dalam kenyataan.
Jurucakap polis, Kim Mohr, berkata suspek tidak dikenal pasti dan rondaan dipertingkatkan di semua kemudahan Yahudi di bandar raya itu.
āIni serangan luar biasa. Ia bukan jenis jenayah biasa di Irvine,ā kata jurucakap polis. ā AFP/BH ONLINE