Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Jangan Terpengaruh Gerakan...

TAWAU - Golongan pelajar di negeri ini dinasihat agar tidak terpengaruh dengan gerakan...

Kerajaan Johor Rakam Penghargaan...

JOHOR BAHARU - Kerajaan negeri Johor hari ini merakamkan setinggi penghargaan kepada semua...

Sherry Ibrahim Dah Boleh...

BARU-baru ini, pelakon Sherry Ibrahim mengakui penyertaannya dalam program 'Gempak Superstar' banyak memberi...

Indonesia Berhasrat Jadi Tuan...

MATARAM : Gabenor Nusa Tenggara Barat, Zulkieflimansyah optimis dengan pembinaan Litar Mandalika bagi...

KUIPs Tawar Biasiswa Kepada 3 Pelajar Poland

WARSAW – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menawarkan biasiswa kepada tiga calon pelajar dari Poland yang layak untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di institusi pengajian tinggi berkenaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah institusi yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu melahirkan ilmuan dalam perbankan Islam.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah biasiswa itu turut merangkumi yuran tuisyen, kos penginapan dan dan elaun makan.

Calon yang layak hendaklah memulakan pengajian dalam tiga tahun yang akan datang ini dalam jurusan-jurusan yang ditawarkan oleh KUIPs, titah baginda selepas menyerahkan sumbangan kecil MAIPs kepada masjid yang terletak di Pusat Kebudayaan Islam Warsaw, Poland baru-baru ini.

Baginda yang juga Canselor UniMAP bersama delegasi lawatan kerja ‘Jelajah Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2018’ singgah di masjid tersebut ketika di Poland.


Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Imam masjid tersebut, Nezar Charif yang menerima sumbangan tersebut dan juga Penyelaras Kebudayaan dan Pendidikan di kompleks tersebut iaitu Mahmoud Kassem.

Turut berangkat anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Duta Besar Malaysia ke Poland, Chitra Devi Ramiah dan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal juga hadir. – BERNAMA

Kategori