Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sindiket Pelacuran WeChat Digempur,...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen menahan 45 wanita warga asing yang terbabit dalam kegiatan...

Polis Saman Diri Sendiri...

MILWAUKEE (Amerika Syarikat) - Seorang polis menunjukkan sifat dedikasi terhadap pekerjaannya dengan menyaman...

Bakar Kekasih Sarat Hamil...

SEORANG remaja berusia 20 tahun, Eren Toben tergamak membunuh dengan cara membakar kekasihnya...

Imigresen Tahan 163 Pati...

JOHOR BAHARU - Jabatan Imigresen Johor menahan 163 pendatang asing tanpa izin dalam...

Kuwait Tekan Kepentingan Kerjasama Malaysia

KUALA LUMPUR – Penolong Menteri Luar Kuwait Bagi Hal Ehwal Asia, Ali el-Saeed, menekankan kepentingan kerjasama dengan Malaysia bagi membuka prospek baharu hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pembangunan dan pelaburan.

Beliau berkata demikian selepas menamatkan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari bermula 12 Nov lepas.

“Hubungan antara kedua-dua negara berada di tahap yang baik dan kami sentiasa berusaha mempertingkat hubungan dengan negara-negara di Asia, terutama Malaysia yang berada dalam senarai teratas.

“Kami juga berharap untuk menyaksikan lebih banyak kerjasama antara kedua-dua negara serta melakukan penyelarasan bersama dalam pelbagai isu serantau dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini.

Semasa lawatan tersebut, el-Saeed turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Marzuki Yahya, bagi membincangkan beberapa isu dua hala dan serantau serta bertukar pandangan dalam meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.


El-Saeed juga mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli perniagaan Malaysia dalam usaha meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan Malaysia-Kuwait.

Beliau berharap syarikat Malaysia akan menyumbang kepada pelan pembangunan Kuwait.

“Syarikat Kuwait juga mempunyai pelaburan besar dan berjaya di Malaysia, dan kami berharap kerajaan Malaysia akan terus menyediakan kemudahan kepada mereka untuk menerokai pasaran negara ini demi kepentingan kedua-dua negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori