Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasukan Khas Britain Latih...

KIEV – Pasukan Perkhidmatan Udara Khas (SAS) British dilaporkan kini berada di Ukraine...

Jangan Samakan BR1M Dengan...

PETALING JAYA - MCA membidas pihak yang menyamakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan...

Kemampuan Jalur Lebar Seluruh...

LANGKAWI - Usaha kerajaan untuk memperluaskan kemampuan jalur lebar negara membuahkan hasil yang...

Caliph Buskers Hampir Ditipu,...

CALIPH Buskers yang merupakan pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-30 menerusi naskhah...

Lahir Awal Jangkaan – Diana Amir Timang Anak Ke-3

PELAKON Diana Amir selamat melahirkan bayi lelaki pukul 2.16 pagi di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Diana atau Nurdiyana Amir Hisham, 32, memaklumkan anak ketiganya dilahirkan lebih awal daripada jangkaan doktor.

“Ikutkan due date hari Isnin tapi Allah nak bagi anugerah awal dan sebenarnya memang Diana doa untuk sakit contraction yang amat sangat, then akan cepat je dapat lahirkan baby. Selepas lima minit masuk labour room baby dah keluar.

“Diana terharu dengan doa-doa daripada semua, dari awal kandungan sampailah selamat melahirkan pagi tadi.

“Terima kasih banyak-banyak, semoga Allah pulangkan kebaikan kepada awak semua. Alhamdulillah, part paling scary (bersalin) dah settle, sekarang panda eye and pantang mode on!,” tulisnya di Instagram.

Diana berkongsi berita gembira di Instagram.

Sementara itu, pelakon drama Adam Maya ini turut mendoakan agar ibu-ibu yang sedang hamil dipermudahkan urusan kelahiran kelak.


“Kepada yang bakal melahirkan, u can do it! Pasti Allah tidak sia-siakan kesabaran menanggung kesakitan. Syukur diberi peluang untuk menghapus dosa-dosa dengan cara yang indah.

“Diana doakan yang belum dikurniakan zuriat akan memperoleh rezeki yang terbaik dari-Nya, pengikat kasih sayang suami isteri dan mampu menjadi saham di akhirat kelak, Amin!,” katanya.

Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Habibullah A. Rahman pada 25 Oktober 2013 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Khaulah Al Azwar pada 8 Mac 2015 dan cahaya mata kedua, Khadija Azzehra pada 4 Januari 2017. – mStar Online

Kategori