Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Menjelang 2020 NASA Hantar...

PEMAHAMAN manusia terhadap Planet Marikh masih lagi cetek ekoran tiada siapa yang penah...

Malaysia Masih Destinasi Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini...

Lelaki Perkosa Nenek 101...

Milwaukee (Amerika Syarikat) - Seorang penjenayah memberitahu polis dia merogol seorang nenek berusia...

Malaysia Juara Piala Thomas...

SIAPA boleh melupakannya....detik pasukan negara berjaya menjulang Piala Thomas Malaysia pada tahun 1992...

Langkah Politik Perlu Bagi Akhiri Penderitaan Yaman

KUALA LUMPUR – Langkah politik yang kuat dan berkesan diperlukan bagi mengakhiri peperangan yang menyebabkan keperitan serta penderitaan kepada penduduk di Yaman, kata Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).

Pengarah serantau ICRC bagi Timur Tengah, Fabrizio Carboni berkata penduduk negara itu berdepan dua situasi menakutkan iaitu – peperangan dan kelaparan.

“Terlalu banyak penderitaan terpaksa dikorbankan orang awam. Jutaan terpaksa berpindah dan jutaan lagi terpaksa tidur dalam keadaan berlapar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut ICRC, pasukannya di Hodeida menyaksikan ribuan keluarga yang berpindah dengan sehelai sepinggang dan bekalan beras, tepung serta air yang sekadar cukup untuk meneruskan kehidupan.

Penurunan nilai riyal Yaman, mengurangkan import dan pergerakan yang terbatas di negara itu menambahkan lagi penderitaan hidup rakyat dan situasi kemanusiaan amat membimbangkan.

Carboni berkata, keadaan itu mengakibatkan jutaan penduduk hanya makan sekali sehari dan terpaksa memilih antara makanan atau ubat.


Kos hidup melambung naik dengan harga tepung, gula, beras dan susu meningkat sebanyak 30 peratus sejak bulan lalu, melampaui kemampuan kebanyakan keluarga Yaman, selain wang simpanan habis ekoran konflik yang berlarutan sejak bertahun lamanya.

ICRC berkata air bersih dan ubat-ubatan juga sangat mahal, menyebabkan peningkatan penyakit berjangkit seperti kolera dan campak.

Sepanjang separuh pertama tahun ini, ICRC berkata pihaknya telah menyediakan bantuan makanan kepada kira-kira 500,000 penduduk Yaman dan membantu lebih dua juta orang mendapatkan akses kepada air bersih dan sanitasi yang lebih baik.

Sementara itu, lebih 14,000 orang yang mengalami kecederaan akibat konflik mendapat manfaat daripada ICRC yang membantu 15 hospital di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori