Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ajaran Sesat: Jabatan Agama...

KUALA LUMPUR - Jabatan agama Islam tidak mengambil sikap menghukum mereka yang terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya sebaliknya menggunakan kaedah mendidik dan kembali bertaubat.

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dalam keadaan prestasi pasaran saham serantau...

Gadis Peluk ‘Suami Orang’...

PASTI anda masih ingat lagi dengan rakaman video seorang gadis Indonesia yang datang memeluk...

PAS Komited Tahaluf Siyasi...

KUALA TERENGGANU - PAS hari ini sekali lagi menegaskan bahawa pada waktu ini,...

Langkah Tegas Bolehkan Rakyat Nikmati Kelajuan Internet Lebih Pantas

KUALA LUMPUR – Rata-rata rakyat Malaysia kini menikmati kelajuan Internet lebih pantas hasil langkah-langkah tegas yang diambil kerajaan bagi menambah baik kelajuan Internet negara, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC berkata perkara itu diiktiraf oleh kajian kepantasan Internet, The Speedtest Global Index (SGI) yang menyaksikan Malaysia melonjak 10 anak tangga ke kedudukan ke-26 terpantas dunia dengan purata kelajuan tetap pada 61.97 megabait sesaat (Mbps).

“Ini bermakna kebanyakan rakyat Malaysia kini menikmati peningkatan kelajuan Internet yang signifikan. Selain itu, kerajaan juga memenuhi janjinya untuk mengurangkan harga jalur lebar berkelajuan tinggi tetap sebanyak 25 peratus menjelang penghujung 2018,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut MCMC harga bagi pakej permulaan juga telah dikurangkan lebih 30 peratus.

Pengerusi MCMC Al-Ishsal Ishak dipetik berkata pujian juga harus diberikan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang menjadikan isu itu sebagai keutamaan beliau ketika dilantik ke jawatan berkenaan pada Mei lalu.


Sebaik memulakan penggalnya Gobind menegaskan beliau mahu syarikat telekomunikasi (telco) tempatan meningkatkan kelajuan Internet jalur lebar pada harga lebih rendah.

Al-Ishsal berkata MCMC akan terus memantau secara dekat tawaran telco bagi memastikan pengguna menerima perkhidmatan berkualiti, berkelajuan tinggi dan harga yang munasabah dalam jangka panjang. – BERNAMA

Kategori