Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Saya Tak Tahu Dia...

“SAYA tidak tahu dia nak ajak tidur sini, sebab dia janji nak hantar...

G20: Tuu Dia Harga...

BRISBANE – Persidangan kemuncak 20 negara berpengaruh di dunia, G20 yang berakhir semalam...

Faradhiya Katakan ‘Tidak’ Pada...

MUNGKIN rata-rata daripada kita tidak menyangka wanita secantik Faradhiya akan menghadapi masalah 'lambat'...

Kes Mamat ‘Middle Finger’...

SELEPAS empat hari kisah lelaki yang menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang pemandu wanita...

Lebih 2,700 Graduan UMP Bakal Terima Ijazah, Diploma

KUANTAN – Seramai 2,773 graduan pelbagai program pengajian akan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) kali ke-13 yang akan diadakan selama dua hari bermula 10 Nov ini.

Menurut Naib Canselor UMP Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim majlis konvokesyen itu akan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan Canselor UMP.

“Baginda akan mengurniakan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada graduan pada sidang pertama konvokesyen di Dewan Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang di sini,” katanya dalam sati kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau graduan yang diraikan itu membabitkan 63 graduan Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD), 172 graduan Sarjana, 1,713 graduan Sarjana Muda, 40 graduan Dwi Ijazah.

Selain itu, 270 graduan lagi akan menerima Diploma, 221 graduan Sarjana Eksekutif, 52 orang Bacelor Eksekutif dan 242 orang graduan Diploma Eksekutif dari sembilan fakulti di dua pusat pengajian.

Sembilan fakulti terbabit terdiri daripada Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam 264 graduan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (203), Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (299), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (307), Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (296).

Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (136), Fakulti Sains & Teknologi Industri (144), Fakulti Pengurusan Industri (183), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (191) manakala dua pusat pengajian pula ialah UMP Advanced (515) dan Institut Pengajian Siswazah (235).


Daing berkata universiti turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan (Elektronik) kepada mantan Pengarah Urusan Motorola Solutions Sdn. Bhd, Dr Hari Narayanan P Ondiveeran sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap ketokohan dan kewibawaan beliau.

“Universiti amat menghargai manfaat besar hasil perkongsian pengalaman profesional dan sumbangan idea beliau sebagai Profesor Adjung di Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan peranannya menjayakan CEO@Faculty Program kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanyan

Dalam pada itu seramai 28 graduan juga akan menerima anugerah kecemerlangan universiti dan hadiah industri.

“Tiga anugerah baharu turut diperkenalkan pada majlis konvokesyen kali ini iaitu adalah Anugerah Kecemerlangan BASF Petronas, Anugerah Kecemerlangan Soho Niaga dan Anugerah Kecemerlangan Setegap Ventures. – BERNAMA

Kategori