Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Uber Ditahan Rogol...

SEORANG bekas pemandu Uber ditahan di Texas, Amerika Syarikat kerana didakwa merogol seorang...

Kad Pengenalan Biru Kepada...

KAMPAR - Pemberian taraf kewarganegaraan atau kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan...

Harga Petrol RON97 Turun...

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 turun sebanyak enam sen seliter kepada RM2.58...

28 GRO Thailand Ditahan...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 28 wanita warga Thailand yang dipercayai bekerja sebagai...

Lee Chong Wei Kagum Dengan Jin Wei

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu jaguh remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei lebih yakin dengan kemampuan diri untuk tampil lebih kompetitif di kejohanan peringkat senior tahun depan.

Chong Wei turut mengingatkan Jin Wei bahawa perjalanan pemain berusia 18 tahun masih jauh dan beliau mahu melihat prestasi Jin Wei semakin meningkat dan matang dalam kejohanan yang lebih tinggi akan datang.

Pemain senior itu turut memuji prestasi Jin Wei yang konsisten selepas memenangi pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina, bulan lepas.

“Memenangi pingat itu (juara dunia) adalah satu suntikan semangat untuk Jin Wei meraih lebih banyak kejayaan selepas ini. Kemenangan itu dapat menambahkan keyakinan dia di gelanggang.

“Jin Wei juga perlu banyak lagi menimba pengalaman. Jurulatih Seu Bock (Datuk Tey Seu Bock) telah membimbingnya dengan cemerlang dan sebagai pemain beliau tidak boleh sia-siakan pengalaman itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jin Wei mengharumkan nama Malaysia apabila meraih Kejuaraan Remaja Dunia BWF di Markham, Kanada. Pemain pilihan ketiga itu menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan pilihan ke-13, Line Christophersen dari Denmark menerusi kemenangan 21-13 dan 21-11.


Anak jati Pulau Pinang itu pernah menjuarai kejohanan sama pada 2015 setelah menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying pada aksi final di Peru.

Chong Wei berkata Jin Wei perlu sedar walaupun sudah meraih gelaran juara remaja dunia, perlawanan sebenar yang akan menguji kemampuan pemain itu adalah di peringkat senior kerana menanti beliau di gelanggang adalah pemain terkemuka dunia.

Jelasnya, acara perseorangan wanita lebih mencabar kerana saingan tidak tertumpu pada satu negara sahaja tetapi ramai seperti Tai Tzu Ying (Taiwan), Ratchanok Intanon (Thailand), dua pemain Jepun, Akane Yamaguchi dan Nozomi Okuhara, Carolina Marin (Sepanyol) dan pemain India, Pusarla V. Sindhu.

Chong Wei berkata gelaran juara remaja dunia adalah permulaan baik dalam kerjayanya pemain itu dan percaya jika terus konsisten, peluang untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah cerah.

Justeru, beliau menyifatkan Jin Wei sebagai pemain harapan negara dan tidak mustahil untuk beliau mencapai kejayaan besar pada Sukan Olimpik Paris 2024. – BERNAMA

Kategori