KUANTAN – Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan terbaring dan ditutupi bantal di dalam bilik tidurnya dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Pandan Indah di sini, lewat malam tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran rumah itu pada kira-kira pukul 11.12 malam.
“Mayat sudah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, jiran rumah berkenaan yang enggan dinamakan memberitahu beliau hanya mengenali lelaki itu sebagai Muhamad Shuhari, yang berusia dalam lingkungan 30-an.
Katanya lelaki itu bekerja di Pejabat Tanah dan Galian dan menyewa di rumah berkenaan bersama seorang rakan. – BERNAMA