Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sarjan Maut Dalam Nahas...

REMBAU – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan maut dalam kemalangan di Km 223.1,...

Edry Berhijrah Ke Eropah,...

PENGARAH dan penyanyi, Edry Abdul Halim menyatakan bahawa salah satu punca pembubaran kumpulan...

Pedofilia: Ibu bapa Lepas...

PETALING JAYA - Ibu bapa menggunakan laman Facebook bagi melepaskan kemarahan mereka dengan...

Melaka Beri Pengecualian Denda...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka memberikan pengecualian denda lewat cukai tanah negeri ini...

Lion Air: Penyelam Kesan Isyarat ‘Ping’ Dalam Laut

PASUKAN mencari dan menyelamat nahas Lion Air menemui petunjuk baharu apabila mereka berjaya mengesan isyarat ‘ping’ di perairan negara itu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengarah Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Haryo Satmiko menerusi satu pesanan ringkas kepada CNN.

Biarpun sudah berjaya mengesan isyarat ping, pihaknya masih memerlukan bantuan teknikal untuk mengenal pasti kedudukan sebeanr pesawat dan kotak hitam.

Sebilangan kecil serpihan pesawat serta sebahagian mangsa sudah pun ditemui, namun badan pesawat yang terhempas pada pagi Isnin lalu itu masih belum ditemui.

Pada Rabu, pasukan penyelam berjaya mendengar isyarat ping dalam laut, lapor agensi mencari dan menyelamat BASARNAS.

“Kami boleh nampak sesuatu, ia seperti sebahagian badan pesawat.


“Kami juga mendengar pengesan ping. Tapi kami tak nampak lagi kotak hitam sebab arus dalam laut agak kuat,” ujar ketua BASARNAS, Muhammad Syauqi.

Sementara itu, Lion Air memaklumkan sudah memecat pengarah teknikal syarikat mereka.

Tiada sebarang sebab pemecatan diberikan namun ia dipercayai merupakan arahan daripada kementerian pengangkutan negara itu. – Edition.CNN/mStar Online

Kategori