PEMAIN Barcelona, Luis Suarez mengakui tidak terkejut seandainya kelab itu sudah mula mencari pengganti dirinya.
Malah katanya, dia langsung tidak kisah mengenai perkara itu.
“Barcelona cari pemain pengganti saya? Ia normal. Saya pun sudah berusia 31 tahun,” ujarnya kepada stesen radio Sport890.
Dalam pada itu, Suarez menjadi tumpuan utama di El-Clasico setelah Messi tidak turun beraksi gara-gara kecederaan.
Menerusi perlawanan itu, Suarez mencatat jaringan hatrik.
Dua lagi gol disumbangkan oleh Plilipp Coutinho dan Arturo Vidal.
Real Madrid pula sekadar meraih satu jaringan hasil rembatan Marcelo.
Ia merupakan perlawanan pertama di El Classico tanpa penampilan Messi mewakili Barcelona sejak 10 tahun lalu.
Malah, ia juga menjadi El Clasico pertama Real Madrid tanpa Ronaldo setelah bintang itu berpindah ke Juventus.
Dalam pada itu, persembahan Suarez pada perlawanan berkenaan turut mendapat pujian ramai.
Malah, dia turut menerima rating 9.7 daripada laman web WhoScored.com, sekaligus meletakkan dia sebagai pemain terbaik mingguan bagi pasukan Eropah. – Barca Blaugranes/mStar Online