Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Batu Kawan Mampu Menjadi...

SAINGAN Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bakal menyaksikan beberapa pelumba...

Ruang Kosong 10m Antara...

PADANG BESAR (Thailand) - Bicha Ponboon, seorang lelaki Thailand dalam lingkungan usia 30-an berbangga...

Bomba Kelantan Cadang Helikopter...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan bercadang untuk menggunakan helikopter bagi...

AS Percaya Rusia Akan...

AMERIKA Syarikat (AS) mendakwa pelbagai muslihat akan dilakukan Rusia bagi mewajarkan pencerobohan ke...

MAHA: FAMA Sasar 50 Usahawan Agrotruck

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meletakkan sasaran mewujudkan sekurang-kurangnya 50 usahawan agrotruck sehingga hujung tahun hadapan.

Pengerusinya, Ishak Ismail berkata ia kaedah baharu pihaknya dalam membantu usahawan tani FAMA memasarkan produk mereka secara bergerak.

Beliau berkata kini terdapat lima kenderaan agrotruck yang turut menjadi tarikan pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 yang kini berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, dekat sini.

“Kita menjangka pendapatan usahawan tani agrotruck ini boleh mencecah sekitar RM12,000 hingga RM14,000 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan unit agrotruck FAMA pada pameran itu hari ini.

Ishak menarik perhatian bahawa jumlah itu jauh berbeza berbanding pendapatan RM4,000 hingga RM6,000 sebagai usahawan karavan tani atau sekitar RM800 hingga RM1,000 sebulan jika menjual di pasar tani.

Menurutnya, agrotruck itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti meja pembungkusan dan jualan, rak jualan, peti simpanan sejuk beku, set janakuasa dan papan paparan harga.


“Imej baharu perniagaan bergerak yang lebih sistematik dan bercita rasa orang muda ini akan dimulakan di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke negeri lain,” katanya.

Ishak menambah melalui agrotruck juga usahawan tani FAMA mampu bergerak secara berkumpulan dan menjadi seolah-olah pasar raya bergerak di lokasi penjualan.

Dirasmikan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, MAHA 2018 berlangsung sehingga 2 Dis ini. – BERNAMA

Kategori