Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cabar Tun M Saman...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak...

BN Bawa Perubahan Besar...

GUA MUSANG – Barisan Nasional (BN) mampu membawa banyak perubahan termasuk menyediakan peluang...

Kerja Ukur Tanah Bina...

MELAKA - Kerja-kerja pengukuran tanah pembinaan stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala...

Nik Aziz Sangkal Hubungan...

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal...

Mahathir Bertemu Dengan Pimpinan PPBM Kelantan

KOTA BHARU – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan yang berlangsung di sebuah hotel di sini.

Pertemuan berlangsung kira-kira sejam bermula pukul 10.15 pagi itu turut dihadiri Pengerusi PPBM Kelantan yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor dan timbalannya, Datuk Sazmi Miah.

Mahathir yang kini dalam rangka lawatan seharinya ke Kelantan, selepas itu menghadiri majlis ramah mesra bersama pimpinan PH Kelantan di hotel yang sama.

Turut mengiringi beliau ialah isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Kamaruddin dan Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Petang ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dijadual mengadakan pertemuan dengan Mahathir di hotel tersebut, dipercayai bagi membincangkan pelbagai perkara menyentuh soal pembangunan negeri.


Mengakhiri lawatan, Mahathir akan mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan Persekutuan di negeri ini. – BERNAMA

Kategori