Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Permit Untuk Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - Tiada permit akan dikeluarkan untuk perhimpunan "baju merah" pada 16...

Gempa Bumi: Jalan Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Kesemua jalan dan jambatan persekutuan di Sabah tidak terjejas dalam...

FB Digodam: Peniaga Dituduh...

BAGAN SERAI - Seorang peniaga mendakwa Facebooknya digodam oleh individu tertentu sehingga dia...

Seorang Maut Bas Rempuh...

IPOH - Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta...

MAIPs Harap Bangunan Wakaf Hemodialisisnya Siap Menjelang 2020

BRUSSELS – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berharap bangunan wakafnya di perkarangan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Perlis dapat disiapkan menjelang 2020.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bangunan yang dianggarkan berharga RM6 juta itu kini giat dilaksanakan dengan kerjasama HTF dan Persatuan Institusi Perbankan Islam (AIBIM) khususnya Bank Islam Malaysia Berhad

Kutipan sumbangan wakaf bagi pembinaan bangunan ini masih lagi berjalan dan jumlah kutipan setakat ini sebanyak RM1,183,113.95, tambah baginda.

Baginda, yang juga Yang Dipertua MAIPs, bertitah demikian ketika menyerahkan sumbangan MAIPs sebanyak RM5,000 untuk ‘Tabung Ibnu Sabil’ bagi kegunaan rakyat Malaysia yang terkandas di Belgium akibat sakit atau masalah kewangan..

Sumbangan disampaikan kepada Duta Malaysia ke Belgium dan Luxembourg serta Ketua Perwakilan Malaysia ke Kesatuan Eropah, Datuk Hasnudin Hamzah di sini semalam.

Berangkat sama anakanda kedua Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Turut mengiringi baginda ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni HEPA), Prof Mohd Fo’ad Sakdan.


Baginda, yang juga Canselor UniMAP, menambah bahawa ibadah wakaf adalah satu daripada instrumen pemangkin pembangunan sosio-ekonomi umat Islam.

MAIPs selaku Pemegang Amanah Tunggal Harta Wakaf di Perlis sentiasa komited melaksanakan inisiatif untuk menyemarakkan kesedaran berwakaf dalam kalangan umat Islam khususnya di Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin berharap orang ramai turut menghulurkan sumbangan wakaf tunai bagi merealisasikan pembinaan bangunan berkenaan bagi kegunaan pesakit buah pinggang.

Baginda berada di Belgium bagi mengetuai delegasi UniMAP pada program Jelajah Ilmu UniMAP siri ke 14. – BERNAMA

Kategori