Wednesday, December 25, 2024

Creating liberating content

Yang Dipertua Negeri Anak...

MELAKA – Ketua Menteri Adly Zahari berkata pihaknya belum lagi memikirkan untuk mencadangkan...

Curi Di Pasar Raya,...

KUALA LUMPUR - Seorang guru sebuah sekolah swasta bernasib baik apabila Mahkamah Majistret...

PRU-15: Ahmad Faizal Pertahan...

Kuala Lumpur : Penyandang kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan...

Kanak-Kanak Maut Dilanggar Kereta...

KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dilanggar kereta bapanya yang sedang...

Majalah No.1 Tertua Di Malaysia Bakal Tutup

PUPUS… Setelah 77 tahun berjaya temui pembaca tegarnya setiap bulan tanpa jemu, Mastika dilaporkan bakal tidak diterbitkan lagi di pasaran tempatan mulai keluaran bulan depan.

Berita sedih itu dikhabarkan pentadbir majalah bulanan tersebut menerusi hantaran dalam akaun sosial Facebook rasminya pada 2 November lalu yang tular dalam kalangan netizen terutama peminat Mastika di seluruh negara.

Mastika November 2018 sudah berada di pasaran. Naskhah terakhir kami semua. Insya Allah mungkin hanya buat sementara. Mastika akan segar dengan kemudi yang baharu. Apa pun, terima kasih kerana terus sokong kami…”

Status berkenaan yang menerima lebih 300 tanda suka selain hampir 200 komen turut diakhiri seloroh dengan catat ayat ringkas: “Penulis mana yang anda akan ingat nanti? Cer (cuba) tempek (tulis) nama dia sekali. Hehehe…”

Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada hantaran pengumuman tersebut membayangkan Mastika akan ditutup terus atau bakal boleh dibaca menerusi platform digital iaitu e-majalah yang turut dikeluarkan lebih setahun lalu.

Mastika merupakan majalah pertama yang dikeluarkan Kumpulan Utusan sejak 1 Jun 1941 setelah syarikat media cetak ternama itu menerbitkan edisi sulung akhbar tulisan jawi Utusan Melayu di Singapura pada 29 Mei 1939.

Ketika itu, majalah berkenaan dalam tulisan jawi dengan pengarang pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai serta turut menjadi editor Utusan Melayu dan edisi mingguannya, Utusan Zaman yang mula terbit pada 5 November 1939.

Baca: Malay Mail Berhenti Terbit Akhbar Selepas 122 Tahun

Juga: Setelah 34 Tahun, Akhbar Sukan Popular Indonesia Tutup

Apabila syarikat itu pindah ke Kuala Lumpur pada 1958, Mastika kemudian diubah kepada tulisan rumi dan pernah dibesarkan saiz sebelum kembali semula kepada ukuran kecil ala majalah antarabangsa Reader’s Digest pada 1995.


Populariti majalah ini melonjak sehingga jadi paling laris di Malaysia dengan cetakan lebih 300,000 naskhah pada akhir 1990-an apabila kandungannya banyak papar kisah tema misteri dan aneh yang tidak disiarkan majalah lain.

Ia pernah dijual di pasaran Brunei dan Singapura kerana permintaan tinggi sebelum Jabatan Majalah Kumpulan Utusan diasingkan untuk jadi sebuah anak syarikat baharu, Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) pada 1 Oktober 2003.

Bagaimanapun, edaran Mastika mulai jatuh sejak 2005 sehingga catat kurang 100,000 naskhah beberapa tahun lalu akibat persaingan sengit daripada portal atas talian dan amalan kurang minat baca dalam kalangan generasi muda.

Keadaan sama turut dialami majalah lain keluaran UKSB iaitu Wanita, URTV, Al Islam, Saji, Harmoni, Infiniti, I Sihat dan Hijab Fesyen. Trend buruk ini juga dicatatkan di seluruh dunia dengan banyak majalah terpaksa ditutup.

Untuk rekod, UKSB pernah tamatkan banyak majalah terbitannya sebelum ini ekoran kurang permintaan pembaca antaranya Massa, Kawan, Hai, Mangga, Umph, Iman, Ibu & Anak dan Jurnal Pemikir. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori