Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PDRM Kian Berselera Buru...

MELAKA - Kehadiran semula penyerang utama, Guilherme De Paula bakal memberi semangat tambahan...

Astro Tawar VSS Kepada...

KUALA LUMPUR - Astro Malaysia Holdings Bhd akan melaksanakan skim pemisahan sukarela (VSS)...

Kluster Baru Covid-19 di...

SATU kluster baharu iaitu membabitkan pelajar tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang dikesan Kementerian...

Kerajaan Diminta Kaji Semula...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Parlimen penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar kerajaan...

Makin Ramai Amah Di Singapura Pinjam Ah Long

PARAH… Lebih ramai pembantu rumah warga asing di Singapura dilaporkan terpaksa meminjam wang dari para pemiutang berlesen atau lazim disebut sebagai ah long.

Menurut agensi berita tempatan, MediaCorp, jumlahnya naik daripada cuma 1,500 orang pada tahun 2016 lalu kepada lebih 28,000 dalam tempoh hanya enam bulan pertama tahun ini.

Namun kebanyakan pembantu rumah asing itu dipercayai sudah berjaya membayar semula wang pinjaman mereka, dedah Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Tenaga Manusia, Low Yen Ling.

Beliau memberitahu Parlimen Singapura bahawa pihak kementerian tersebut mungkin perlu melakukan tinjauan untuk cari punca mengapa ramai amah rakyat asing suka membuat pinjaman wang tunai.

Bagaimanapun menurut beliau, berdasarkan kepada keterangan yang diterima setakat ini, mereka meminjam kerana keluarga di tanah air memerlukan wang, misalnya untuk bayar bil perubatan di hospital.


Yen Ling juga berkata, pada masa ini para pembantu rumah asing sebenarnya tidak wajib mendapatkan kebenaran majikan mereka sebelum bertindak meminjam wang daripada agensi pemiutang berlesen.

Menurut beliau, adalah dikhuatiri jika peraturan itu diwajibkan, ia akan mendorong para pembantu rumah mendapatkan pinjaman dari pemiutang haram. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori