Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tayangan Lelaki Harapan Dunia...

Setelah banyak pihak menyuarakan ketidakpuasan hati dengan lenggok jalan cerita Lelaki Harapan Dunia...

Polis Kota Setar Tahan...

ALOR SETAR : Sekumpulan penunggang motosikal menyambut Tahun Baharu 2023 dengan melakukan pelbagai...

Pendapatan Isi Rumah Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pendapatan isi rumah bulanan di Malaysia berdasarkan kiraan penengah bagi...

BNM Ada Hak, Kuasa...

Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai hak dan kuasa dalam membuat keputusan berkaitan dengan...

Malaysia Juara Keseluruhan World Robot Olympiad

SEPANG – Kontinjen Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruhan buat kali ketujuh di kejohanan World Robot Olympiad (WRO) 2018 yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand, selepas mereka memenangi tiga pingat emas, satu gangsa dan empat anugerah kecemerlangan.

Para pelajar yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di sini hari ini, dengan disambut oleh Pengarah bahagian Ko-kurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Rozainum Ahmad.

Turut berada di KLIA2 menyambut ketibaan mereka adalah Pengarah Urusan Kumpulan Sasbadi Holdings Berhad Law King Hui. Sasbadi merupakan rakan strategik Kementerian Pendidikan dalam program robotik sejak 2005.

Tiga sekolah yang memenangi pingat emas itu adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pin Hwa (1) Setia Alam in Selangor, SJKC Hua Lian 3 Taiping and Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi di Johor, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua, di Miri meraih pingat gangsa.

Empat sekolah yang menerima anugerah kecemerlangan pula Tshung Tsin Secondary School, Sabah; Kuen Cheng High School serta SJKC Chung Kwok, Sentul; dan pasukan kedua SMK Chung Hua, Miri.


Acara tahunan WRO mula diperkenalkan pada tahun 2004, dan WRO 2018 yang berlangsung dari 16 Nov sehingga semalam menyaksikan 63 negara mengambil bahagian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • robot

Kategori