Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pesta ‘Ikan Temenung’ Di...

ALOR SETAR - Pasar nelayan Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah hari ini...

Wak Doyok Bengang Sering...

IKON fesyen tempatan, Wak Doyok meluahkan rasa terkilan dengan segelintir pihak yang sering...

Polis Tidak Tolak Kemungkinan...

KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan...

Puteri Najib Selamat Bernikah...

PUTRAJAYA - Majlis akad nikah anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa dan pasangannya,...

Rusia Dimohon Bantu Senggara Jet Pejuang Malaysia

SINGAPURA – Malaysia memohon bantuan Rusia bagi menyenggara pesawat yang dibeli daripada Moscow, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Seperti yang anda maklum, kami telah membeli beberapa pesawat daripada Rusia dan saya berpendapat kami perlu mempelajari lebih banyak tentang cara untuk menyenggara dan membaiki pesawat berkenaan,” kata beliau semasa mesyuarat dua hala dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di sini.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diperoleh tentang perkara itu kerana pihak media diminta beredar daripada pertemuan dua pemimpin berkenaan.

Malaysia diketahui ramai turut menggunakan kelengkapan pertahanan buatan Rusia.

Kementerian Pertahanan Malaysia mengendalikan jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dan MiG-29. Laporan sebelum ini menyebut bahawa terdapat beberapa isu berkaitan penyenggaraan dan perkhidmatan pesawat itu.

Menteri berkenaan, Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan berkata hanya empat daripada 18 jet Sukhoi yang layak terbang, manakala bakinya masih dalam pembaikan. – BERNAMA

Kategori