Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

RCEP Muktamad Pertengahan Tahun...

KUALA LUMPUR - Proses memuktamadkan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka dilanjutkan...

Usia 60 Tahun Bukan...

GEORGE TOWN - Bagai mahu membuktikan usia hanyalah angka, sekumpulan sembilan pendaki yang...

Kes Milik Wang Mangsa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini menangguhkan hukuman terhadap sepasang suami isteri...

Cadang Sekolah Tubuh Jawatankuasa...

KUALA NERUS - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mencadangkan...

Tidak Setuju RCEP Jika Tidak Baik Untuk Rakyat

SINGAPURA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak akan bersetuju dengan perjanjian perdagangan yang berat sebelah.

“Kadang-kadang, hubungan antarabangsa diterima secara berbeza oleh segmen penduduk yang berbeza. Kita tidak boleh menerima sesuatu yang kedengaran munasabah untuk negara-negara lain tetapi mungkin tidak munasabah untuk ramai penduduk di negara kita.

“Kita mahu mengelakkan konflik di dalam negara kita yang disebabkan kita bersetuju dengan idea asing,” katanya di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di negara pulau itu yang berakhir hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan Bernama sebelum ini bahawa Putrajaya tidak akan menandatangani Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) jika ia bukan perjanjian yang adil.

Dilancarkan pada 2012, RCEP adalah pakatan ekonomi terbesar di dunia yang merangkumi hampir separuh daripada ekonomi global.


Ia melibatkan 16 negara, iaitu 10 negara anggota ASEAN serta enam negara Asia Pasifik, iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. – BERNAMA

Kategori