KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Lipis kekal 46 orang daripada 13 keluarga pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak pagi semalam.
“Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga manakala bakinya di Balai Raya Kampung Lalang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA