Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Ex-Wartawan Majalah 3...

SEORANG bekas wartawan TV3 mendakwa dirinya diugut bunuh oleh Pembantu Peribadi kepada Timbalan...

RM18j Setahun Biayai Bil...

PASIR PUTEH - Kerajaan pusat membelanjakan RM18 juta setahun melalui rebat elektrik RM20...

4 Maut, 6 Cedera...

KUALA LUMPUR - Empat maut manakala enam lagi cedera dalam dua kemalangan yang...

Hukuman BWF: Zulfadli Harap...

KUALA LUMPUR - Pemain profesional negara, Zulfadli Zulkiffli berharap Kementerian Belia dan Sukan...

Banjir Di Melaka Bertambah Lagi Buruk

ALOR GAJAH – Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat daripada 108 kepada 868 mangsa, sehingga jam 9 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata bilangan PPS turut bertambah apabila tiga lagi dibuka menjadikan semuanya lapan termasuk satu di daerah Melaka Tengah.

Beliau berkata, daripada jumlah mangsa itu, 94 orang adalah pelajar tahfiz di Panchor.

“Tujuh PPS yang dibuka adalah di Alor Gajah iaitu di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jelatang, Balai Raya Kampung Gadek, Sekolah Kebangsaan (SK) Lesung Batu, Balai Raya Kampung Panchor, Balai Raya Seri Jeram, Balai Raya Kampung Beringin dan SK Belimbing Dalam, membabitkan 224 keluarga.

“Manakala, sebuah PPS dibuka di daerah Melaka Tengah iaitu di Balai Raya Kampung Tanah Merah menempatkan 15 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, paras air sungai kini berada dalam keadaan bahaya menyebabkan berlakunya limpahan air.

“Agensi keselamatan termasuk pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis kini berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata kerajaan negeri mengarahkan beberapa pintu air baraj yang menghubungkan sungai di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah ke empangan dibuka sebagai alternatif awal.

“Langkah ini diambil bagi membolehkan aliran air sungai terus ke empangan dan mengelak berlakunya limpahan air yang menyebabkan berlakunya banjir.

“Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang difokuskan di Jasin dan Alor Gajah akan diberi keutamaan bagi mengelakkan bencana ini terus berulang,” katanya ketika melawat mangsa banjir di Balai Raya Gadek.

Adly turut mengumumkan kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan pasca banjir kepada mangsa antara RM200 hingga RM500. – BH Online

Kategori