MADRID – Diego Maradona berkata, dia sayang Lionel Messi dan menyatakan adalah tidak benar dia menyerang dengan kritikan terhadap pemain Argentina dan Barcelona itu.
“Leo kawan saya dan saya tidak akan bercakap buruk tentangnya,” kata Maradona kepada akhbar Marca, semalam.
Bulan lalu Maradona dipetik Fox Sport di Mexico sebagai menuduh Messi “bukan pemimpin… tidak berguna berpaksikan seorang yang ke bilik air sebanyak 20 kali setiap kali sebelum perlawanan”.
“Semuanya palsu. Apa yang saya katakan Leo adalah fenomena. Dan memang ada menyebut tentang pemain yang ke tandas 20 kali, tetapi tidak merujuk kepada Leo,” katanya.
Maradona mengalu-alukan Messi untuk kembali menyarung jersi Argentina.
“Saya fikir dia perlu kembali, jika tidak kami akan pincang.”
Maradona, membawa Argentina menjuarai Piala Dunia pada 1986 dan pada masa ini jurulatih Sinaloa iaitu pasukan divisyen dua liga Mexico. – AFP