Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Jangan Politik Atau Manipulasi...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Pengurusan Pusat Tahfiz Perlu...

KUANTAN - Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang Datuk Sulaiman Ahmad, berkata pembangunan...

“Maafkan Saya, Cuma Mahu...

PENAT sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah.Teringat mak dulu senyum...

Hanya SK Seri Banai...

JITRA - Hanya sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Banai dekat sini yang...

MARPA Mahu Jadi Suara Penting Isu Keselamatan Sinaran

LANGKAWI – Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (Malaysian Radiation Protection Association atau MARPA) akan diperkukuhkan lagi supaya dapat menyuarakan pendapat mereka berhubung keselamatan sinaran (radiation safety) di negara ini secara lebih berkesan lagi.​

Presidennya, Datuk Dr Zulkifli Mohamed Hashim berkata selepas 16 tahun ditubuhkan, MARPA telah berjaya mengumpulkan lebih 618 orang anggota yang rata-ratanya pakar dalam perlindungan dan keselamatan sinaran yang boleh menyumbang kepada negara.

“Kalau boleh MARPA ini mempunyai “say” (suara) kepada kerajaan untuk merangka polisi-polisi yang berkaitan dengan keselamatan sinaran, pengangkutan bahan radioaktif dan lain-lain,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum itu beliau telah merasmikan penutupan Persidangan dan Bengkel Keselamatan Sinaran (Radiation Protection Conference and Workshop (RPCW) 2018) yang dihadiri 218 orang peserta dari seluruh Malaysia di sini.

Menurutnya kesedaran berhubung keselamatan sinaran di Malaysia perlu diperluaskan lagi memandangkan kefahaman masyarakat umum berhubung perkara ini masih rendah lagi di negara ini.

Zulkifli berkata kefahaman lebih tinggi ini perlu ekoran dari segi kepesatan penggunaan teknologi sinaran di negara ini yang telah meningkat berlipat kali ganda sejak lebih 50 tahun lepas.


Beliau mengambil contoh kemajuan dalam bidang perubatan negara di mana pada mulanya hanya terdapat dua buah hospital yang memiliki unit perubatan nuklear dalam tahun 1963, tetapi angka terkini menunjukkan unit itu sudah wujud di 13 buah hospital.

“Dengan penekanan terhadap ‘health tourism’ (pelancongan kesihatan), angka ini akan terus meningkat di mana Malaysia sudahpun menjadi pilihan ekoran kadar bayaran perubatannya yang agak rendah berbanding negara-negara lain,” katanya.

Sejajar dengan hasrat meningkatkan kefahaman ini juga, beliau berkata MARPA juga sudah membentuk satu strategi untuk menambahkan lagi keanggotaannya pada sasaran 50 orang setiap tahun.

“Peningkatan ahli ini nanti akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan MARPA yang selama ini turut disokong Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Agensi Nuklear Malaysia dan beberapa industri yang berkaitan keselamatan sinaran,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MARPA

Kategori