Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dewan Negara Luluskan RUU...

PUTRAJAYA – Hasrat kerajaan untuk menyediakan undang-undang khusus bagi menangani isu gangguan seksual...

Johor Port Raih Anugerah...

KUALA LUMPUR – Johor Port Bhd, ahli Kumpulan MMC, meraih Anugerah Kecemerlangan Prestasi...

Perobohan Plaza Tol Batu...

KUALA LUMPUR - Semua kerja-kerja perobohan di tapak Plaza Tol Batu Tiga dan...

GAMBAR: Hati-Hati, Aksi Selfie...

MERAKAM aksi selfie sudah menjadi kegilaan ramai tidak kira usia dan pangkat.Tidak hairanlah...

Marquez Yakin Cergas Untuk Sesi Ujian

VALENCIA – Marc Marquez menolak kebimbangan dia mungkin tidak cergas untuk ujian pertama pada 2019, selepas sekali lagi mengalami kecederaan pada bahunya akibat kemalangan pada perlumbaan terakhir MotoGP di Valencia, semalam.

Juara dunia itu berkata dia melakukan ‘kesilapan terbesar musim ini’ kerana tidak mengikuti nasihat pasukan, apabila bertegas mahu menggunakan tayar belakang Michelin medium basah apabila 23 penunggang lain menggunakan tayar lembut.

Tidak lama selepas perlumbaan, hujan semakin lebat dan Marquez mendapati cengkaman tayar belakang berada di tahap tertinggi.

Hanya selepas melihat Pol Espargaro terjatuh di pusingan keempat, penunggang berusia 25 tahun itu mengakui, tayarnya seakan-akan kehilangan cengkaman apabila menghampiri pusingan kesembilan.

Dia dilihat memegang bahu kanannya yang cedera pada sesi kelayakan Sabtu lalu, tetapi selepas berjaya kembali ke garaj Repsol Honda, dia diragui boleh melakukan ujian pada hari berikutnya.

“Hari ini adalah keputusan yang betul untuk berlumba, dan saya akan melakukan ujian pada Selasa dan Rabu,” katanya.


“Ini bukan masalah kerana walaupun ia menyebabkan sedikit kesakitan, saya rasa sudah bersedia untuk menunggang, sama seperti saya tunjukkan dalam sesi pemanas badan dan perlumbaan.

“Tetapi kali ini, mungkin kesilapan terbesar saya dalam musim ini, kerana saya yang memilih tayar belakang. Di petak permulaan, semua pasukan, Santi, Alberto berkata kepada saya, “jika ia mula hujan, anda akan OK dengan tayar lembut,”

“Namun masalahnya ialah dalam FP3, saya menggunakan tayar medium, saya menunggang dengan bagus dalam keadaan tidak banyak air atas litar. Apabila kami keluar, litar masih tidak banyak air, dan kemudian pada prosedur terakhir, ia (hujan) berhenti.

“Kemudian saya kata, “letak tayar medium”. Mereka pasang tayar medium, apabila kami memulakan perlumbaan, hujan mula lebat, dan ia menjadi sangat sukar kerana suhu tayar belakang semakin turun, dan kemudian saya terjatuh. – Agensi/BH ONLINE

Kategori