Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pembantu Rumah Bot Kelar...

KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu rumah bot bertindak mengelar tangannya sebelum melarikan diri...

Tiada Had Masa Untuk...

TIADA had masa bagi kenderaan persendirian bergerak selepas jam 10 malam termasuk dari...

Peguam Hadapi 2 Tuduhan...

PETALING JAYA - Seorang peguam hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret berasingan di...

Kerjasama UMNO-PAS Mesti Jangkaui...

KUALA LUMPUR - Kerjasama yang terbentuk di antara UMNO dan PAS mestilah menjangkaui...

Ramai Pekerja Di Pahang Tiada Rekod Bayaran Zakat

KUANTAN – Lebih separuh daripada 55,839 senarai nama kakitangan awam dan swasta di negeri ini yang masih belum mempunyai akaun dengan Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan berkata, senarai nama itu diperoleh daripada majikan bagi melaksanakan Wajib Taksir Zakat (WTZ) kepada umat Islam yang mempunyai pendapatan tetap di negeri ini.

“Sebanyak 1,852 majikan sebelum ini diminta supaya mengemukakan senarai nama kakitangan masing-masing kepada PKZ dan hampir separuh daripada majikan berkenaan telah menghantar senarai nama yang diminta.

“…daripada 55,839 senarai nama yang dibekalkan itu, 28,152 atau 50.4 peratus masih belum mempunyai rekod bayaran zakat di PKZ Pahang dan berikutan itu kita menghantar borang taksiran kepada semua yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Telekom Malaysia Berhad berjumlah RM249,008 yang disampaikan oleh Pengurus Besar Telekom Malaysia negeri, Zulfikri Hashim di sini, hari ini.

Bukan semua penama berkenaan layak dikenakan zakat, bagaimanapun mereka masih perlu mengembalikan semula borang taksiran yang dihantar pusat zakat berkenaan pada 30 Nov ini manakala tempoh akhir pembayaran zakat selepas dibuat taksiran ialah 31 Dis bagi individu yang layak dikenakan zakat.


“Kegagalan membuat taksiran pendapatan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 24, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 manakala bagi mereka yang tidak membayar zakat apabila sudah mencukupi syarat boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” tegasnya. – BERNAMA

Kategori