Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak Cemerlang Mengandung, Dirogol

KEJAM…seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang juga pelajar cemerlang di sekolahnya, telah...

Gadai Petronas Untuk Tunai...

SELAKU pelajar universiti yang tahu serba sedikit tentang ekonomi, ada beberapa pertanyaan yang...

10 Pakar Penerbangan AS...

SHAH ALAM : Seramai 10 pakar penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) berada di...

Lelaki Ugut Tumbuk Mufti...

KANGAR - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki mengugut menumbuk Mufti Perlis,...

“Mata Saya Kurang Sihat” – Guan Eng

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan mata beliau kurang sihat ketika sidang Parlimen pagi tadi.

Mengulas mengenai gambar dimuat naik Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di laman Twitter yang menunjukkan Lim memejamkan matanya ketika Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membahaskan Belanjawan 2019, Lim berkata beliau masih sempat mencatit nota sambil merehatkan matanya.

“Mata saya sedikit kurang sihat seperti sesi Parlimen yang lepas, tetapi masih hadir perbahasan Parlimen untuk dengar ucapan wakil Ketua Pembangkang @Khairykj, dan sempat catit nota sambil rehatkan mata.

“Takkan Setiausaha Agung UMNO @AnnuarMusa hilang modal politik cari isu macam ini,” katanya yang turut memuat naik nota yang dicatitnya itu di laman Twitter hari ini.


Terdahulu, Annuar mendakwa Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan tertidur ketika sesi perbahasan itu berlangsung.

“Shadow Menteri Kewangan Barisan Nasional sedang membahaskan BAJET 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat (IER)/@bajet alternatif.. Menteri Kewangan kerajaan tertidur…atau terus tidur?” katanya. – BERNAMA

Kategori