Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Yatt Hamzah Akui Tak...

PELAKON dan pengacara Yatt Hamzah digelar 'Yatt Sejadah' kerana sering berkongsi cara hidup...

Padah Ugut, Rosakkan Lori...

MAHKAMAH Majistret Ipoh, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM4,500 kepada seorang lelaki atas...

Warisan Sebahagian Dari Pakatan...

KIMANIS - Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan mendakwa Warisan adalah parti Pakatan Harapan...

Polis Melaka Rampas Pelbagai...

MELAKA - Polis Melaka menahan dua lelaki tempatan serta seorang wanita warga asing dan...

Mayat Nelayan Lemas Di Balik Pulau Ditemukan

BALIK PULAU – Seorang nelayan yang hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika sedang menangkap ikan di Kuala Sungai Pinang, di sini semalam, ditemui mati lemas hari ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Fairus Omar berkata mayat Abdullah Mat Lazim, 75, ditemukan kira-kira pukul 8 pagi ini, terapung tidak jauh daripada lokasi dia dikatakan terjatuh dari botnya.

“Mayat itu ditemukan oleh sebuah bot nelayan yang keluar menangkap ikan, yang ternampak ia terapung. Nelayan itu kemudiannya menghubungi pihak bomba,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari semalam, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika sedang menangkap ikan di kawasan perairan itu dan pihak bomba terus melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima maklumat mengenai kejadian. – BERNAMA

Kategori