Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

25,663 Kanak-kanak di P....

GEORGE TOWN: Sebanyak 25,663 atau 16.5 peratus daripada jumlah populasi kanak-kanak berusia antara...

Pegawai Veterinar Pukul Isteri...

BUKIT MERTAJAM - Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan...

1,209 Warga China Masuk...

GEORGE TOWN - Seramai 1,209 warga China yang masuk ke Pulau Pinang melalui...

“Saya Tidak Akan Sesekali...

KUALA LUMPUR - “Walaupun saya tidak mempunyai kedua-dua tangan, saya tidak meminta sedekah....

MB NS Beri Bayangan Ada Bonus

SEREMBAN – Menteri Besar, Aminuddin Harun, memberi gambaran ada berita baik untuk kakitangan awam dan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam Belanjawan 2019 kerajaan negeri yang dibentangkan hujung bulan depan.

Aminuddin meminta semua pihak supaya menunggu pengumuman yang akan dibuat pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 17 hingga 19 Disember ini.

“Insya-Allah ada perkara baik akan kita umumkan, bukan sahaja untuk kakitangan awam, malah golongan B40. Kita akan pastikan (kedua-dua) golongan ini dijaga. Akan ada banyak perkara diumumkan dalam bajet ini nanti.

“Belanjawan 2019 adalah belanjawan yang menarik dan kita akan berikan banyak berita baik kepada penjawat awam dan masyarakat secara keseluruhan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di kediaman rasminya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Aminuddin berkata, rancangan mengisytiharkan Seremban sebagai bandar raya yang dijadualkan pada pertengahan tahun depan ditangguhkan sehingga 2020 bagi membolehkan kerajaan negeri membuat persiapan.


“Banyak perkara yang perlu diselesaikan, terutama membabitkan penyediaan kemudahan awam, isu perumahan dan pejabat,” katanya.

Awal September lalu, Aminuddin mengumumkan pengisytiharan itu yang sepatutnya pada 1 Januari depan terpaksa ditangguhkan kepada pertengahan tahun berikutan kelewatan kontraktor menyiapkan pengubahsuaian bangunan Majlis Bandar Raya Seremban (MBS).

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, Majlis Daerah Jempol akan dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Jempol pada 29 Januari ini.

“Kita akan jadikan pengisytiharan ini sebagai satu acara dalam sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke-71,” katanya. – BH ONLINE

Kategori