Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Anda Kebanggaan Malaysia”

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada ratu terjun negara,...

Isu Seksi: Diana Danielle...

NAMA pelakon Diana Danielle kembali menghangatkan industri hiburan tempatan apabila gambarnya beraksi seksi untuk...

GAMBAR: Raja Rimba Pun...

SITUASI seperti ini jarang sekali dapat dilihat berlaku kepada haiwan pemangsa ini.Sangat gah...

Lokman Adam belum Terima...

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor...

MCA Perlu Jawab Tuduhan Politik Wang

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dan pemimpin baharu parti perlu tampil menjelaskan dakwaan berlakunya politik wang untuk meraih undi pada pemilihan MCA baru-baru ini.

Veteran MCA, Datuk Yap Pian Hon, berkata kepemimpinan MCA bagi penggal 2018-2021 perlu segera menjawab tuduhan itu sama ada ia benar atau sebaliknya agar tidak memburukkan lagi imej parti selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Sekarang ini, ada khabar angin yang kuat dalam kalangan MCA berlakunya politik wang yang mempengaruhi undi dalam pemilihan baru-baru ini.

“Bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek, turut mendedahkan perkara ini menjelang pemilihan baru-baru ini dan ia adalah satu tuduhan yang amat serius.

“Kepimpinan baharu mesti segera menyiasat, memberitahu ahli akar umbi adakah ia berlaku atau tidak dan bukannya berdiam diri. Jika benar ia tentulah akan merosakkan imej parti,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Menurut Pian Hon, dakwaan Soi Lek mengenai politik wang itu dibuat Ahad lalu, sehari sebelum hari pemilihan.

Difahamkan Soi Lek hanya membuat kenyataan mengenainya pada wartawan akhbar berbahasa Cina dan turut disiarkan dua akhbar berkenaan semalam.

Isnin lalu, Ka Siong dipilih sebagai Presiden MCA bagi penggal 2018-2021 apabila memperoleh 447 undi, mengalahkan dua pesaingnya iaitu bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, dengan 182 undi dan Ngoo Teck Keong yang tidak mendapat sebarang undi.


Jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon yang memperoleh 428 undi, menewaskan Timbalan Pengerusi MCA Johor, Datuk Tee Siew Kiong, 201 undi.

Jawatan Naib Presiden pula dimenangi Datuk Lim Ban Hong, Datuk Tan Teik Chong, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Datuk Yew Teong Look.

Mengulas lanjut, Pian Hon yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden selama tiga penggal dan berpengalaman lebih 50 tahun dalam MCA berkata, Kah Siong turut juga perlu menstruktur semula organisasi parti dan memperbaiki kesalahan parti selama ni.

“Kepemimpinan baharu mesti ada formula untuk bangkit semula jangan hanya meneruskan kerja seperti biasa (MCA terdahulu) dengan jawatan tinggi.

“MCA hari ini mesti ada kajian adakah keluar daripada Barisan Nasional (BN) itu keputusan baik atau cukup dengan mengemas kini struktur sahaja menjadikan parti semakin diterima. Itu terpulang kepada kebijaksanaan mereka,” katanya. – BH ONLINE

Kategori