Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

11 Rakyat Malaysia Di...

PUTRAJAYA – Seramai 11 warga Malaysia yang berada di Ukraine sedang dibawa keluar...

Sebab Sebenar Netanyahu Sokong...

TINDAKAN Benjamin Netanyahu, perdana menteri rejim Zionis menyokong gencatan senjata dengan Hamas ekoran...

Parlimen, DUN Perlu Adakan...

KOTA BHARU - Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra bertitah sudah...

RM3.5 Bilion Pemerkasaan Bumiputera

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.5 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan...

Minat Anggota Keluarga Kepada Ping Pong Dorong Gloria Bergelar Atlet

IPOH – Minat seluruh anggota keluarga kepada ping pong menjadi faktor utama mendorong Gloria Gracia Wong Sze menceburi sukan itu secara profesional sejak tiga tahun lalu.

Lebih mesra disapa sebagai Gloria, 14, atlet kelahiran Sarawak itu berkata selain ibu dan ayah, lima lagi adik beradiknya sangat meminati sukan tersebut.

“Tapi tiada ahli keluarga yang menjadi atlet sukan ini, cuma saya sahaja,” katanya kepada Bernama selepas membantu Sarawak memenangi emas acara ping pong kategori Berdiri Perseorangan Wanita Kelas Terbuka pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di sini hari ini.

Pada perlawanan akhir, Gloria merangkul pingat emas selepas mengalahkan Siti Nor Athirah Mohd Anuar dari Terengganu 3-0 manakala gangsa dikongsi dua atlet Terengganu iaitu Nurul Nasuha Mohd Anuar dan Farahidayatul Alias.

Menurut Gloria, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Datok Lokman, Kuala Lumpur, dia kini menjalani latihan bersama pasukan ping pong Para Kebangsaan sejak 2015.

“Saya berharap dapat terpilih untuk mewaliki negara ke Sukan Para Asean Manila 2020,” katanya yang pertama kali menyertai Para Sukma.


Gloria yang kudung tangan kiri berkata kecacatan tetap kecacatan, namun banyak kejayaan boleh dilakar jika tidak menjadikannya sebagai alasan untuk maju.

Acara ping pong hari ini mempertandingkan sebanyak sembilan emas dengan Perak dan Sabah masing-masing merangkul dua emas, manakala Selangor, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan masing-masing satu emas.

Pada hari kedua Para SUKMA esok, sebanyak 38 pingat emas dipertandingkan melibatkan acara olahraga 28 pingat, sementara angkat berat dan tenpin boling masing-masing lima emas. – BERNAMA

Kategori