Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Imam Al-Azhar Batal Jumpa...

KAHERAH - Imam besar Masjid Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb membatalkan pertemuannya dengan Naib...

Polis Padankan Maklumat Bagi...

Putrajaya : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan proses pemadanan maklumat baki mangsa...

20 Kucing Mati, Disyaki...

BESUT: Seorang pengunjung di Pantai Bukit Keluang di sini terkejut apabila menemui bangkai...

Heli Bawa Timbalan Menteri,...

HELIKOPTER yang dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dilaporkan...

Mo Salah Kempen Halang Mesir Eksport Kucing

BINTANG bola sepak Mesir, Mohamed Salah mula berkempen menentang rancangan Mesir mengeksport kucing dan anjing ke negara yang diketahui menjadikan haiwan itu sebagai makanan.

Salah menjadi selebriti terbaharu yang berkempen menentang rancangan ini, yang mencetuskan debat hangat di Mesir.

Dalam satu catatan di Twitter pada Selasa, Salah yang meletakkan gambarnya dengan dua ekor kucing menulis: “Kucing dan anjing tidak akan dieksport ke mana-mana. Ini tidak akan berlaku dan tidak boleh berlaku.”

Catatan dalam bahasa Arab oleh pemain Liverpool itu disertai tanda pagar #NoToViolatingAnimalRights.

Pejuang hak haiwan Mesir telah melancarkan kempen atas talian ekoran laporan media menyebut Mesir akan membenarkan kucing dan anjing terbuang dieksport ke negara yang menjadikannya sebagai makanan, seperti Korea Selatan.

Aktivis Mesir terbabit mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengeksport kucing dan anjing itu, yang dicadangkan di parlimen bulan lalu.

Tentangan kuat pejuang hak haiwan menyebabkan kerajaan Mesir menafikan kenyataan sebelumnya yang mengakui kerajaan telah memberi lesen eksport 4,100 ekor kucing dan anjing ke beberapa buah negara.

Menteri Pertanian Mesir, Hamed Abdeldayem berkata lapran itu hanya khabar angin.

Pada September dan Oktober, lesen mengeksport 2,400 ekor kucing dan 1,700 ekor anjing dikeluarkan, menurut pihak berkuasa veterinar.


Kebanyakan kucing dan anjing itu dilaporkan dikutip dari jalanan tetapi telah diberikan vaksin dari Institut Kesihatan Haiwan, dengan perakuan haiwan terbabit bebas penyakit sebelum dieksport, kata menteri pertanian itu dalam satu wawancara televisyen pada Rabu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan ke negara mana haiwan tersebut dieksport kerana mendakwa mereka tidak dapat menentukannya.

Pegawai kerajaan Mesir tidak memberikan sebab spesifik kenapa haiwan tersebut dieksport.

Mesir telah lama menghadapi masalah akibat kucing dan anjing terbuang yang banyak. Satu laporan menyebut terdapat 22 juta anjing terbuang yang berkeliaran di seluruh Mesir.

Ramai warga Mesir menyangka haiwan tersebut dihantar ke negara yang mempunyai rekod pematuhan hak haiwan yang buruk.

Lesen eksport itu dikeluarkan sebulan selepas timbalan pengerusi jawatankuasa hak asasi manusia, Margaret Azer menggesa kucing dan anjing buangan dihantar ke negara yang dikenali menjadikan haiwan tersebut sebagai makanan seperti Korea Utara. – MEE

Kategori