Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Malaysia Rasai Ekuinoks 21...

PUTRAJAYA – Buat julung kali selepas empat tahun, jutaan penduduk Malaysia bakal merasai...

Thierry Henry Bakal Ditawar...

THIERY Henry bakal menjadi pengurus baharu Aston Villa dan pemain kelab itu, John...

Guna Pengadil Luar Negara...

JITRA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)...

Suri Rumah Rugi RM151,800...

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM151,800 selepas terpedaya dengan kata-kata manis kenalan...

MOA Kemuka 4 Modul Baharu Ganti Monopoli Bernas

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah mengemukakan empat model baharu bagi menggantikan monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang bakal berakhir pada Januari 2021.

Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata cadangan model itu akan dinilai terlebih dahulu oleh satu jawatankuasa khas dianggotai lapan kementerian yang telah diwujudkan.

“Kami telah kemukakan empat model ini dan terpulang kepada jawatankuasa khas untuk pilih model terbaik dan akhirnya model itu yang akan dibawa kepada jemaah Kabinet untuk diputuskan dan ditentukan sebagai model terakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas Program Suara Harapan terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga tidak mahu terburu-buru memperkenalkan model baharu itu bagi menggantikan Bernas kerana ia melibatkan soal keselamatan makanan negara.

“Memandangkan monopoli Bernas akan berakhir 2021, kami ada masa lagi untuk mencari model terbaik,” katanya.


Sebelum ini Salahuddin dilaporkan berkata tiga jawatankuasa khas di bawah kementeriannya telah ditubuhkan dalam usaha kerajaan untuk menunaikan satu daripada janji manifesto Pakatan Harapan bagi menamatkan monopoli Bernas.

Penamatan monopoli Bernas itu juga sebagai langkah proaktif bagi menjamin kestabilan harga beras di samping menjaga kepentingan petani. – BERNAMA

Kategori