Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Sebelum Pakai Kanta Lekap,...

TUDUNG tak betullah, sengetlah kalau pakai spec.., trend la pakai contact lens sekarang.....

Fattah Amin Join Telekung...

SEJAK kebelakangan ini nama aktor kacak Fattah Amin melonjak naik dan kisahnya banyak...

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat...

‘Pulau Hantu’ Muncul Secara...

SATU fenomena alam pelik dirakam di Finland minggu lalu sehingga menarik perhatian ramai. Menerusi...

Mogok Lapar Bekas Naib Presiden Ecuador

QUITO – Mogok lapar oleh bekas Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas kini masuk hari ke-22. Mulai semalam beliau bukan sahaja tidak makan malah enggan minum air.

Mogok lapar sejak 22 Oktober itu kerana membantah tindakan memindahkannya dari penjara di Quito ke penjara yang lebih ketat kawalannya di Latacunga.

Pada minggu lepas beliau dihantar ke Hospital Carlos Andrade Marin kerana masalah kesihatan.

Glas dikenakan hukuman penjara enam tahun kerana dikaitkan dengan kes rasuah syarikat pembinaan Brazil Odebrecht.

Beliau telah berada selama setahun di Penjara Quito sebelum dipindahkan ke Pusat Pemulihan Latacunga pada 21 Oktober, sebagai langkah pencegahan susulan bekas Setiausaha Komunikasi Fernando Alvarado melarikan diri dari tahanan rumah.

Pihak berkuasa mempertahankan tindakan itu kerana faktor keselamatan, namun menurut Glas, pemindahan itu disebabkan dendam politik oleh pentadbiran Presiden Lenin Moreno. – BERNAMA

Kategori