Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Beg Sandang Anti Kecurian...

Pernahkah anda melihat seorang pengguna mengenakan gaya pemakaian beg secara terbalik di hadapan?Ya,...

Pemandu Rentung Kereta Berlanggar...

SANDAKAN - Seorang pemandu kereta rentung selepas kenderaan yang dipandunya berlanggar dengan sebuah...

Biadap! Permainan Komputer Persenda...

Biadap dan sungguh tak sensitif apabila sebuah game atau permainan komputer diilhamkan daripada...

Pengasas Marlboro Pecat Pekerja,...

Altria Group, syarikat tembakau terbesar di Amerika yang juga pengasas jenama Marlboro akan...

Mohamad Adib Terus Dapat Simpati Pemimpin Negara

KUALA LUMPUR – Anggota bomba Muhammad Adib, 24, yang cedera parah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, pada Selasa lalu terus mendapat simpati dan perhatian beberapa pembesar negara.

Yang terbaru, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini melawat beliau di Institut Jantung Negara (IJN).

Seri Paduka berangkat tiba di pekarangan IJN pada pukul 9 pagi dan disambut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Muhammad Hamdan Wahid.

Sultan Nazrin berkenan meluangkan masa hampir setengah jam menziarahi Muhammad Adib iaitu anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya,

Lewat petang ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut meluangkan masa hampir setengah jam untuk menziarah Muhammad Adib dan keluarganya di IJN.

Dr Wan Azizah menasihatkan supaya lawatan orang ramai terhadap Muhammad Adib dapat dikurangkan bagi memastikan anggota bomba itu dirawat sebaik mungkin.

Sebelum itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang turut melawat Muhammad Adib berkata kerajaan negeri Kedah akan memberi perhatian sewajarnya terhadap keperluan keluarga Muhammad Adib di Kuala Kedah.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mula menghulurkan bantuan kepada keluarga anggota bomba itu ketika Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat menziarahi Muhammad Adib di IJN pada Khamis.


Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata Muhammad Adib yang diletakkan dalam keadaan koma secara perubatan, kini sudah sedar dan menunjukkan perkembangan positif pagi ini.

Beliau berkata keadaan anggota bomba berusia 24 tahun itu semakin baik dan beliau mampu memberi tindak balas terhadap sesetengah arahan verbal pakar perubatan.

“Kami merumuskan keadaan beliau sebagai kritikal namun stabil. Kami selaku petugas perubatan berasa gembira dengan perkembangan beliau dalam tempoh 24 dan 48 jam lalu,” kata Dr Mohd Azhari pada sidang media, di sini.

Dalam pada itu keadaan di Kuil Sri Maha Mariamman, hampir pulih sepenuhnya susulan rusuhan yang berlaku awal Isnin dan Selasa, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika ditemui pemberita di Ipoh.

Mengenai jumlah tangkapan mereka yang terlibat dalam insiden itu setakat ini, Mohamad Fuzi berkata setakat pagi tadi seramai 42 ditahan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori