Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bekas Ahli Politik Ditahan...

GEORGETOWN - Seorang bekas ahli politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14...

Skandal Seks: Pegawai Kanan...

BANGKOK -Seorang pegawai kanan istana Thailand dipecat kerana melakukan ‘perbuatan keji’ termasuk mengadakan...

Wajib Baca! Perkara Remaja...

HARI raya Aidilfitri hanya muncul setahun sekali dan ia menjadi saat yang dinanti-nantikan...

Kerajaan Negeri Catu Peruntukan...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri terpaksa melaksanakan catuan kewangan dengan memberi keutamaan kepada...

Mohd. Reza Kini Panglima TLDM Baharu

KUALA LUMPUR – Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dilantik sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baharu menggantikan Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, berkuat kuasa hari ini.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas antara Mohd Reza, yang sebelum ini Timbalan Panglima TLDM, dan Ahmad Kamarulzaman yang akan bercuti sebelum bersara, berlangsung di Kementerian Pertahanan di sini dengan disaksikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Mohd Reza, 55, merupakan Panglima TLDM ke-17. Beliau sebelum ini menjadi Timbalan Panglima TLDM pada 13 Julai 2018.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu menyertai TLDM pada 1 Mei 1981 selepas menamatkan pendidikan di Maktab Tentera Diraja.

Sepanjang perkhidmatan, Mohd Reza pernah menyandang beberapa jawatan penting termasuk Panglima Angkatan Bersama, Pegawai Pemerintah KD Lekiu, dan Panglima Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1).

Dalam satu kenyataan, TLDM berkata sepanjang tiga tahun diterajui Ahmad Kamarulzaman, pasukan itu bergerak dengan lebih profesional seiring pemodenan dan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia.


Ia berkata pelbagai inisiatif dan pendekatan dilaksana walaupun menghadapi kekangan dari sudut kewangan negara.

Program Transformasi Armada 15 ke 5 menjadi titik fokus bagi TLDM untuk mengatasi isu aset usang serta memacu usaha pemodenan TLDM.

“Tan Sri Kamarulzaman juga prihatin dalam soal perkembangan taraf kemahiran dan kelayakan akademik warga TLDM bagi membolehkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki mereka diiktiraf sewajarnya,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kejayaan filem Paskal The Movie membuka mata masyarakat dan negara jiran untuk mengenali lebih dekat peranan dan tanggungjawab Pasukan Khas Laut TLDM yang merupakan antara cabang di bawah perkhidmatan TLDM. – BERNAMA

Kategori