Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rizab Asing BNM Catat...

TEGUH... Tohmahan jahat pembangkang konon ekonomi Malaysia sudah muflis nyata gagal lagi apabila...

Bekalan Roti Gardenia Seperti...

KUALA LUMPUR - Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. terus membekalkan roti keluarannya ke...

Olimpik: PM Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merakamkan ucapan...

Kerajaan Pertimbang Kenaikan Tambang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan pengusaha bas ekspres untuk menaikkan tambang...

Mourinho Akui Menyesal Beli Sanchez

JOSE Mourinho menyesal membeli Alexis Sanchez dan percaya Manchester United turut melakukan kesilapan apabila tidak membawa masuk pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic.

Pemain kebangsaan Chile itu dipercayai tidak gembira berada di Old Trafford dan sedia angkat kaki selepas posisinya diambil alih Anthony Martial.

Sanchez hanya menjaringkan satu gol dalam semua perlawanan musim ini.

Mourinho ternyata hairan dengan prestasi merudum Sanchez dan The Times mendakwa dia mengakui United tersilap membawa masuk pemain sayap yang sepatutnya.

Pengendali dari Portugal itu masih kecewa dengan tindakan kelab tidak menyambar Perisic.

Mourinho merasakan pasukannya kekurangan pemain yang boleh melakukan hantaran dengan baik dan dia kecewa dengan penyudah Sanchez yang kelihatan tumpul.


Sanchez juga dikatakan tidak menerapkan corak permainan Mourinho .

Meskipun Sanchez menyerlah semasa menang ke atas Juventus, Mourinho tetap tidak gembira dengan pemain itu.

Mourinho berpendapat dia sepatutnya menjadi lebih prolifik dan membantu pasukan menjaringkan lebih banyak gol. – Metro.co.uk/mStar Online

Kategori