Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

LHDN Pahang Tingkat Kerjasama...

KUANTAN - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pahang akan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai...

Johor Tidak Cadang Rombak,...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor tidak bercadang merombak atau melantik Anggota Mesyuarat Kerajaan...

Selepas Enam Tahun Melarikan...

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

Pemimpin UMNO Tunggu Giliran...

KUALA LUMPUR - Pemimpin UMNO berkemungkinan perlu menunggu nombor giliran untuk didakwa di...

Larang Tanding 5 Tahun Jika Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mengenakan sebarang halangan bagi seseorang anggota Parlimen untuk meletak jawatan setelah dipilih melalui pilihan raya namun beliau dilarang untuk bertanding selama lima tahun jika berbuat demikian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata perkara itu diperuntukkan di bawah Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya perkara yang sama juga dinyatakan oleh Perlembagaan Negeri bagi anggota Dewan Undangan Negeri yang meletakkan jawatan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz (PAS-Bachok) yang bertanyakan sama ada kerajaan berhasrat mengkaji undang-undang menghalang Anggota Parlimen daripada meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah.

“Perkara ini perlu diteliti dengan lebih terperinci sebelum sebarang keputusan dapat dibuat,” kata Liew dalam jawapan tersebut yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini. – BERNAMA

Kategori