Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Bahana Langgar Lopak Air:...

GARA-GARA melanggar lopak air, sebuah kereta Proton Wira hilang kawalan sebelum bertembung dengan...

Misi Mencari Serpihan MH370...

KUALA LUMPUR - Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan...

Shabery Cheek Sepatutnya Naik...

KUCHING - Helikopter yang membawa seorang timbalan menteri yang hilang sejak semalam sepatutnya...

Johor Popularkan Semula Permainan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Johor akan menganjurkan Program Pembangunan Permainan Tradisional Negeri Johor...

Mufti Persoal Apakah Akta Keganasan Hanya Untuk Muslim

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan apakah akta keganasan hanya diguna pakai untuk orang muslim di negara ini.

Menurutnya, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri menyifatkan serangan terhadap bomba oleh perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini mempunyai niat untuk membunuh.

“Ketika saya menulis ‘rusuhan pengganas’ beberapa hari lepas, ada kata perkataan saya keras dan prejudis. Hari ini, ternyata. Inilah yang Tun Mahathir sebut ‘bertujuan membunuh’. Apakah ini bukan pengganas?

“Di mana bahagian counter terrorism? Apakah hanya untuk muslim sahaja akta keganasan itu diguna pakai?” soalnya di Facebook hari ini.

Mufti Perlis seterusnya mempersoalkan apakah tindakan pihak berkuasa ke atas menteri yang menjadi punca keganasan itu tanpa menamakan menteri dimaksudkan.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas.

Undang-undang di Malaysia mempunyai peruntukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574).

Kesalahan dalam aktiviti keganasan boleh juga diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – MYNEWSHUB.TV

Kategori